Thursday, February 24, 2011

Ust. Kamal Shaari disebut-sebut sebagai calon PAS DUN Kerdau

Bekas Calon PAS Parlimen Kuala Krau Khabarnya Jadi Sebutan Untuk Terpilih Sebagai Calon Pakatan Rakyat Di PRK DUN Kerdau Nanti!

KERDAU, 24 Feb- Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau nampaknya kian panas biarpun Hari Pencalonan ialah Sabtu ini.

Malam ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bakal umumkan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat di Markas PAS Darul Hikmah Simpang Kerdau dekat sini.

Turut dijangka hadir malam ini ialah Mat Sabu dan juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ribuan penyokong pembangkang dijangka hadir untuk mendengar amanat dan melihat siapakah calon mereka.

Angin bertiup kencang mengatakan nama bekas calon Parlimen Kuala Krau dari PAS dalam pilihanraya umum lalu Ustaz Kamal Ashaari (foto), bakal menjadi pilihan.

Apapun, nama popular seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang, Naib Presiden PAS Pusat dan Yang Dipertua PAS Kuala Krau), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) serta Hasanuddin Salim (Bekas Calon PAS PRU12 DUN Kerdau dan Ketua Penerangan PAS Pahang) tetap menjadi pilihan sebenarnya.

Cuma, hanya seorang yang bakal bersaing untuk menentang Penasihat Agama MB Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang diumumkan sebagai calon BN itu.

Apapun pertembungan sengit dijangka berlaku di DUN Kerdau kali ini. Majoriti undi BN pada pilihanraya lalu hanyalah sekitar 1,615 undi sahaja. Ini bermakna peluang PAS untuk membuat kejutan tetap ada, ditambah lagi dengan peningkatan jumlah pengundi muda dalam pilihan raya kecil ini.


Tiga calon popular yang juga turut menjadi pilihan sebenarnya

Dato' Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin dan Hasanuddin Salim

Apapun, harapan PAS untuk menakluki DUN Kerdau mungkin akan terkubur jika mereka tidak berhati-hati dan menjaga tiga kawasan Felda dan satu kawasan Felcra di DUN itu.

Difahamkan DUN Kerdau mempunyai tiga kawasan Felda iaitu Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Sementara itu satu kawasan Felcra ialah di Rumpun Makmur.

Jumlah pengundi di kesemua kawasan terbabit dipercayai melebih 3,000 orang. Oleh itu, tumpuan yang lebih besar perlu diberikan kepada kawasan terbabit jika PAS ingin memenangi pilihanraya kecil kali ini.

Jika tidak, senario yang sama pasti akan berlaku seperti di DUN Tenang baru-baru ini.
Tingkatkan usaha dan gandakan kerja jika berhasrat untuk menang.

Fokus utama harus diberikan kepada kawasan terbabit, kerana disitulah talian hayat BN sebenarnya. Jika tidak berhati-hati, cerita yang sama di Tenang bakal berulang di sini. Oleh itu, aturlah strategi yang berkesan mulai sekarang!].
PDO.

No comments: