Thursday, July 28, 2011

POLIS BOHONG LAGI !!! bukan Allahyarham Baharuddin dalam video Cut and Paste Polis

Video versi Polis lihat DISINI

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.

Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.

“Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.

“Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin,” kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.

Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.

“Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.

“Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam,” kata beliau.

Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.
“Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat.

“Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk,” ujarnya.

Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin.

“Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya,” katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.Keadilandaily

4 comments:

Anonymous said...

betul ke polis berbohong? subhanallah, kalu betul kenapa org2 melayu islam jadi begini. tak takutkah kiamat dah semakin hampir. dgn keadaan umur sekarang berapa lama lagikah nak menongkat langit. bersyukurlah dgn apa yg ada. buat bertaubatlah, ALLAH sdg memerhati kita.

Anonymous said...

betul sebetul2nya....ana berada di sana pd hari kejadian. tidak sepatutnya ada serangan drp pihak polis krn yg hadir (majoriti muslim) hanya melaung slogan bersih & selebihnya hanya bertakbir/bertasbih...polis sepatutnya gerun dgn laungan sebegitu, bkn mjadi semakin garang...tiada bukti org yg hadir melanggar undang2 krn mrk hanya berjalan dlm barisan & berkumpul. spt mana kita selalu berkumpul bila myambut hari merdeka, tahun baru dll (cuma tiada konsert & muzik). Walau siapapun pemimpin rally pd hari tersebut, kita sepatutnya ingat bhw rally bersih menuntut pilihanraya yg adil...tiada kaitan dgn Ambiga, DAP, Melayu dll...kita deserve keadilan mutlak dr pemimpin Islam..tp mrk tidak endahkan.. ..

Anonymous said...

sape tak kenai polis malaysia..pakar rasuah..pengampu kerajaan nombor wahid.

Anonymous said...

Bukan nak sokong polis sebab mereka pun makan gaji. Kadang kala, mereka 'DIPAKSA' melakukan perkara-perkara tersebut kerana pemimpin telah memerintah.

Pendapat saya, polis-polis itu tidak 100% yang samseng dan bersalah. Tapi terpaksa. Jika tidak mengikut arahan, takut nanti dikenakan pelbagai tindakan tatatertib.

Mereka juga adalah hamba Allah. Jadi, mustahil 100% di antara mereka adalah fasih di dalam selok-belok agama untuk meninggalkan perkerjaan kerana jalan Allah.

Oleh yang demikian, kita sebagai hamba-Nya yang telah mendapat hidayahnya, wajiblah bersatu hati demi untuk menentang kemungkaran permerintah; tidak kira walau bagaimana pun caranya. Insya Allah, Islam pasti menang. Itu janji Allah....

Allahu akbar!!!
Allahu akbar!!!
Allahu akbar!!!