Tuesday, August 2, 2011

Ada lagi Puak Songkok Tiga Jengkal dalam Unisel

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2011/01/logo-unisel.jpgSHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono sah meletak jawatannya berkuat kuasa Rabu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai 'membantah' berhubung tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.


Dr Rosti berkata beliau tidak sanggup melaksanakan arahan berkenaan kerana ia tidak bersebab dan tanpa mematuhi proses yang betul.


``Sah saya letak jawatan berkuatkuasa 3 Ogos. Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa,'' katanya di sini Isnin.


Dr Rosti yang berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009.

Keputusan Dr Rosti melepaskan jawatannya sebagai `membantah' keputusan pelucutan tiga orang pegawai yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Dr Rosti yang turut dicadangkan meletak jawatan dan digantikan serta-merta.

Bagaimanapun, dikatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu tidak diterima oleh Dr Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

2 comments:

Hamdan Rukun said...

BIASALAH PROF,

APA LAGI YANG BOLEH DIBUAT OLEH KHALID GAGAP NI. INI ARAHAN DAP GAMAKNYA.

MACAM ARAHAN DAP SUPAYA PECAT HASSAN ALI LAH.

MENONGGEK JER KHALID MEMATUHI DAP !

HE!HE!HE!

Anonymous said...

LUNCAI BELA PUAK-PUAK UMPORNO YANG DAH MENYELEWENG. DAH LETAK JAWATAN, TANDA SALAH TU.