Tuesday, August 2, 2011

Mengapa Tengku Razaleigh bukan pengganti Anwar Ibrahim?


Pemimpin Pakatan Rakyat dan Pemimpin PAS, Nik Aziz Nik Mat telah menyangkal spekulasi bekas pemimpin PKR dan juga media UMNO bahawa terdapat usaha untuk menggantikan Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan menyifatkan ia sebagai “lawak jenaka”.

Nik Aziz juga menyangkal dakwaan bahawa PAS mempunyai niat sebegitu, begitu juga dengan perjumapaan rahsia bersama Ku Li.


Khabar angin tersebut semakin hangat diperkatakan setelah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim yang meninggalkan PKR disebabkan timbul perselisihan, membuat kenyataan bahawa Ku Li boleh menggantikan Anwar selepas beliau membentuk Amanah pada minggu lepas.


Amanah merupakan badan NGO terbaru dan dikatakan mempunyai cita-cita politik yang tinggi.


Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa Ku Li masih lagi ahli UMNO dan tidak pernah memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan parti itu. Amanah sebenarnya boleh digunakan Ku Li untuk mempersembahkan dirinya sebagai penyatu pelbagai puak dalam UMNO dalam pemilihan presiden kelak.


Ramai dalam UMNO takut retorik perkauman timbalan presiden, Muhyiddin Yassin boleh menjadi penghalang untuk beliau menjadi Perdana Menteri dan mentadbir negara dengan aman dan maju.


Selain daripada mengalih pandangan terhadap pergeseran dalaman UMNO yang semakin menjadi-jadi, khabar angin mengenai Ku Li ini bertujuan untuk menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan parti dalam Pakatan iaitu PAS, PKR dan DAP.


“Ini lawak jenaka".


Itu pandangan saya mengenai khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbicangan rahsia bersama Tengku Razaleigh untuk mengangkat beliau sebagai pemimpin Pakatan menggantikan Anwar Ibrahim.


Nasihat saya dalam bulan Ramadhan ini, tolong tulis perkara yang betul dan berasaskan fakta.


Ingatlah, apa yang kita tulis dan ucapkan akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat kelak.” Tulis Nik Aziz dalam laman Facebook beliau.


Jui Meng: “Pakatan akan menang besar sekiranya Anwar didapati bersalah


Sebelum ini, laporan akhbar memetik Omar Salleh, timbalan presiden Jaringan Melayu Malaysia yang pro-UMNO menggesa Nik Aziz untuk mengaku bahawa beliau membuat perjumpaan rahsia dengan Ku Li.


”Mengapakah ini dirahsiakan daripada Anwar dan Parti Keadilan Rakyat?


Adakah ini menunjukkan bahawa sebahagian daripada pihak pembangkang yakin Anwar akan didapati bersalah dan bakal dipenjarakan?


Mungkin peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu pihak DAP dan PAS mengenai situasi Anwar dalam kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari dan ini membuatkan mereka mencari pengganti yang sesuai untuk mengisi tempat Anwar.” Ujar Omar.


Nik Aziz dan Pengerusi DAP, Karpal Singh memandang ringan insinuasi kes liwat tersebut.


Sekiranya Anwar disabitkan bersalah, ini adalah suatu yang menyedihkan untuk beliau yang telahpun menghabiskan 6 tahun dalam penjara sebelum beliau dibebaskan dari tuduhan liwat pada tahun 2004.


Tetapi itulah yang akan membawa kejatuhan BN mamandangkan kebanyakan penanalisis termasuk timbalan presiden PKR Chua Jui Meng percaya bahawa keputusan itu akan membawa kejayaan kepada Pakatan Rakyat.


“Bukan kami mahu Anwar masuk penjara tetapi kami rasakan bahawa apa jua keputusannya, Pakatan akan tetap menang.


Kes liwat ini telah menyedarkan Najib bahawa beliau meletakkan dirinya sendiri di tempat yang sukar.


Ia merupakan langkah yang tidak bijak seperti skandal video Datuk T dan tindakan keras terhadap Bersih yang telah mengakibatkan Majlis Tertinggi UMNO menyalahkan beliau.” Beritahu Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.


Kalau Anwar didapati bersalah, beliau menjadi wira dan sekiranya dia tidak didapati bersalah, kerajaan telah membazirkan masa dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk negara.


Bagi Nik Aziz pula, beliau merasakan agak pelik mengapa cadangan yang diperkatakan itu ditimbulkan berdasarkan ramalan terhadap keputusan mahkamah.


"Adakah benar bahawa keputusan mahkamah di negara ini boleh diramal atau sebenarnya keputusan telahpun dibocorkan? Katanya.


Ku Li bukan saingan Anwar


Selain daripada hakikat bahawa Ku Li tidak mungkin berani meninggalkan UMNO lagi, Karpal turut menegaskan bahawa ahli parlimen Gua Musang itu yang membubarkan Semangat 46 untuk kembali kepada UMNO bukanlah saingan Anwar dari segi populariti.


Star memetik Karpal sebagai berkata, “Razaleigh berpeluang untuk berkhidmat sebagai pembangkang melalui Semangat 46 namun beliau telah kembali kepada UMNO dan selepas itu bahagian beliau telah mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan presiden menentang Najib Tun Razak,”


Tanpa Anwar, pihak pembangkang dan seluruh negara tidak akan menyaksikan tsunami politik yang melanda semasa pilihanraya Mac 2008.


Sepeti Karpal, Ketua Dewan Ulama PAS setuju bahawa kemampuan Razaleigh untuk memimpin Pakatan bergantung kepada populariti beliau.


“Sekiranya beliau mempunyai ramai pengikut atau mendapat sokongan kuat daripada parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan menjadi pemimpin pembangkang.


Sama juga dengan Anwar; beliau boleh berunding dan sekiranya beliau tidak mendapat sokongan majoriti, beliau tidak akan duduk di situ lagi.” Kata Harun Taib dipetik oleh Malaysiakini.


Utusan telah melaporkan pada hari Isnin lepas bahawa Dewan Ulama PAS bersedia mengenepikan Anwar untuk Razaleigh, tanpa memberi konteks sebenar kepada komen beliau.JALAN PULANG

No comments: