Tuesday, August 2, 2011

Ugut keluar dari BN, MIC serlah perpecahan dalaman

http://www.topnews.in/files/Malaysia-Congress_0.jpgSHAH ALAM 2 OGOS : Tindakan parti MIC mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional (BN), jika gabungan itu menerima penyertaan parti politik berasaskan kaum sebagai parti kompenan, mengesahkan andaian bahawa parti itu mengalami krisis dalaman sekaligus tidak berupaya membela nasib kaum India dinegara ini.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam berkata tindakan itu juga akan mengikis kepercayaan masyarakat India terhadap parti itu dan tidak mustahil akan mengalihkan sokongan mereka kepada gagasan Pakatan Rakyat.

"Pada saya, apa yang saya lihat perkara ini akan menyebabkan rakan komponen parti marah dan ini akan berpihak kepada kita, MIC halang dan mereka akan menyokong kita," katanya.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, parti MIC mahu kekal sebagai parti India tunggal dalam BN.

Justeru parti itu tidak akan menerima kemasukan parti politik India lain sebagai parti kompenan sebaliknya hanya bersetuju jika parti politik it diserap masuk kedalam BN sebagai ahli gabungan atau bersekutu sahaja.

"Sebagai parti utama mewakili masyarakat India, kami tidak akan benarkan keahlian penuh dalam BN, sekiranya berlaku, kami akan keluar," tegas Palanivel selepas menutup Perhimpunan Agung MIC ke- 65 kelmarin.

Antara parti berasaskan kaum India yang berdaftar di negara ini adalah Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) dan Parti Barisan Progresif India (IPF).

Mengulas kenyataan itu, Manikavasagam berkata, parti MIC terlalu angkuh dan masih menganggap parti mereka yang banyak membela nasib masyarakat India dinegara ini.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai hipokrasi ekoran nasib kaum India masih tidak terbela dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum- kaum lain setelah lebih 50 tahun memerintah.

"MIC secara jelas menyatakan mereka adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib komuniti India, tetapi apa yang dikesalkan ianya hanya satu hipokrasi, sehingga hari ini usaha itu tidak nampak.
"Perkara ini tidak benar, parti kita (Pembangkang) juga bertungkus lumus menyelesaikan masalah dan isu berkaitan kaum India terutamanya Kerajaan Selangor,"katanya.

Manikavasagam juga membidas kenyataan Palanivel yang berkata, MIC mampu membantu BN mengekalkan cengkaman kuasa politik mereka pada setiap kali pilihan raya diadakan.

Beliau berkata, ia sekadar cakap kosong Palanivel berikutan keputusan pilihan raya umum ke- 12 lalu menyaksikan parti itu kehilangan banyak kerusi dan hanya memenangi tiga dari tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan daripada kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Semua pemimpin utamanya tatkala itu, iaitu Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Presiden, Datuk G. Palanivel serta tiga naib presiden, Datuk S. Sothinathan, Datuk S Veerasingam dan Tan Sri Dr KS Nijhar gagal mempertahankan kerusi mereka.

"Mereka sekarang hanya mempunyai tiga kerusi, tetapi bagi menghadapi PRU ke-13 dengan keadaan seperti sekarang, mungkin mereka hilang kerusi ataupun kurang dari sekarang," katanya lagi.

No comments: