Tuesday, August 2, 2011

Mengapa seseorang mahu Altantuya dibunuh? Siapa yang mahu Bourdon dihantar pulang?


Penghantaran pulang peguam Perancis William Bourdon oleh Najib telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Antara yang paling hangat diperkatakan adalah sama ada 2 orang bekas pengawal peribadi beliau, Azilah Hadri dan Sirul Umar yang dijatuhkan hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh seorang penterjemah yang terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam Scopene sedang dipenjarakan atau telahpun dibebaskan.


Samada beliau suka atau tidak, tindakan Najib dilihat oleh ramai sebagai penyalahgunaan kuasa dalam menyembunyikan kesalahan yang mungkin beliau lakukan dari mata dunia.


Ramai yang ditemubual berpendapat bahawa Najib sedang menikmati kebebasan hasil daripada penggunaan prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” dan atas dasar itu juga beliau digesa untuk berhadapan dengan Bourdon menggunakan prinsip yang sama.


Bourdon berada di Malaysia atas urusan rasmi yang penting.


Bourdon yang merupakan seorang aktivis hak civil telah dihantar pulang kerana menyalahi penggunaan pas lawatan sosial beliau. Disebabkan oleh perkembangan ini, timbul pula syak orang ramai terhadap Najib dan penglibatan beliau dengan skandal Scopene dan Altantuya.


Bourdon yang mewakili NGO Malaysia Suaram dalam aduan yang dibuat terhadap pihak berkuasa Perancis mengenai vendor Scopene; DCN yang dikatakan telah membayar komisen kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan Najib sendiri semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan pada ketika itu dan dipertanggungjawabkan ke atas pembelian kapal selam tersebut yang benilai RM7.3 billion.


Beliau berada di Penang untuk memberi taklimat mengenai kes tersebut.


Najib telah menyangkal tuduhan salahlaku manakala Ahmad Zahid Hamidi yang kini memegang portfolio meneri pertahanan diberi amaran untuk tidak memberi sebarang kenyataan.


Perincian mengenai pembelian kapal selam tersebut juga telah dibentangkan dalam parlimen.


Najib digesa hormati undang-undang Malaysia dan antarabangsa


Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen telah menuduh pentadbiran najib sebagai kejam dan ala diktator.


Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal memerintah.


Salah satu daripada agenda penting beliau adalah untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang ingin bersuara mengenai ketidakadilan dengan menahan, mengugut dan menakut-nakutkan mereka seperti yang dibuat ke atas pihak yang terlibat dalam perhimpunan Bersih.


Chong menegaskan bahawa Bourdon masih boleh berkomunikasi dengan orang Malaysia menggunakan persidangan video dan banyak lagi kaedah canggih yang sudah ada pada zaman ini.


Beliau berpendapat bahawa pentadbiran Najib mungkin tidak sedar bahawa banyak lagi cara lain selain berada secara fizikal di satu –satu tempat untuk menyampaikan maklumat dan berhubung.


Chong berkata bahawa penghantaran pulang Bourdon jelas menunjukkan bahawa Najib sedang gelisah dan takut tetapi adalah sia-sia baginya untuk mengelak daripada undang-undang.


Adalah lebih baik untuk beliau dan negara sekiranya beliau bersikap terbuka terhadap siasatan pihak perancis dan memberi kerjasama yang sepatutnya. Jika tidak, ramai yang akan merasakan bahawa beliau bersalah dan ini akan menjatuhkan imej Malaysia.


“Biarkan perjalanan undang-undang tersebut dan sekiranya beliau tidak bersalah, tiada apa yang harus beliau takuti kerana mahkamah akan melindungi beliau.” Beritahu Chong kepada Malaysia Chronicle.


Najib boleh menangkis dakwaan dan memberitahu cerita dari pihak beliau di Perancis


See Chee How, ketua penerangan PKR Sarawak telah mengecam tindakan Najib menghantar pulang Bourdon semata untuk menutup kesalahan beliau dalam pembelian kapal selam.


“Kerjaan haruslah membenarkan Bourdon untuk mengatakan apa yang beliau hendak sampaikan.


Sekiranya Najib merasakan bahawa Bourdon berbohong, dakwalah beliau atas alasan memfitnah. Kita ada undang-undang sepeti itu di Malaysia.” Kata See kepada Malaysia Chronicle.


Menurut See, penghantaran pulang Bourdon akan menghasilkan lebih banyak liputan negative terhadap Malaysia di arena antarabangsa dan ini akan memberi kesan buruk juga kepada pelaburan asing.


Timbalan ketua wanita PKR juga memberi komen mengenai isu penghantaran pulang Bourdon.


Kata beliau, ia menimbulkan syak wasangkan dalam persoalan siapakah pembunuh sebenar Altantuya.


“Sekarang, orang asing juga menjadi sasaran dalam melindungi hal yang sebenar. Saya percaya, roh beliau juga mahukan keadilan dan akan terus menghantui orang Malaysia sehinggalah keadilan diperolehi.


Walaupun kemarahan terhadap apa yang dilakukan terhadap Bersih masih belum reda, kerajaan terus terlibat dalam pelbagai skandal. Berapa banyak lagi yang harus diharungi rakyat?


Benarkah orang yang sepatutnya dikenakan hukuman mati sudah bebas dan berada bersama kita?


Menurut Voon, perbicaraan kes pembunuhan Altantuya telah menimbulkan lebih banyak tanda tanya berbanding jawapan. Dua orang bekas pengawal peribadi Najib telahpun dijatuhkan hukuman gantung setelah didapati membunuh Altantuya.Sepanjang perbicaraan, wajah mereka ditutup.


Mengapa?


Di mana mereka sekarang?


Adakah benar mereka sedang menunggu hukuman mati atau mungkinkah mereka sudah berada bersama kita sekarang?


Bukankah majoriti rakyat Malaysia tidak dapat melihat wajah mereka dan tidak dapat cam meraka.


Bagi keluarga dan rakan, pembedahan plastik boleh dilakukan supaya mereka tidak dikenali lagi.


Implikasi di sini; mereka melalui semua itu untuk melindungi pihak yang sebenarnya bertanggungjawab mengarah mereka membunuh Altantuya.


Tidak seorang pun penagawal peribadi ini mengenali Altantuya dan tiada motif untuk membunuh beliau. Salah seorang daripada mereka telah membuat kenyataan bahawa dia dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya.


Buat masa ini, sepatutnya jangan terlalu emosi sehinggalah kes ini dibawa ke mahkamah baik di sini atau Perancis.


Terdapat juga isu kesahan kes merentas sempadan kerana perbezaan sistem perundangan dan mahkamah yang berbeza dengan kita.


Perlu diingtkan juga bahawa pihak imigresen mempunyai hak untuk menghalang kemasukkan mana-mana individu asing ke dalam negara tanpa memberi sebarang alasan.


Tetapi seperti kes pembunuhan Altantuya, masih menjadi tanda tanya siapakan pembunuh sebenar Altantuya dan dalam kes penghataran pulang Bourdon, siapakah yang mengarahkan Pengarah Imigresen untuk menolak kemasukkan beliau ke negara ini?


Dan seperti biasa, soalan paling menarik perhatian- Mengapa?


Mengapa seseorang mahu Altantuya dibunuh?


Siapa yang mahu Bourdon dihantar pulang?


Daripada soalan-soalan ini, jelas ada satu persamaan!JALAN PULANG

No comments: