Tuesday, August 2, 2011

PANAS !!! PR didaftar sebagai pengundi


KUALA LUMPUR 2 OGOS : Pertikaian terhadap kredibiliti dan ikrar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan daftar pemilih tidak dicemari dengan kehadiran warga asing kini terus menjadi persoalan.

Ironinya, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Portal Malaysiakini melaporkan, seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyebak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.

1 comment:

Anonymous said...

Mismah tu tak ada ayah ke? kalau budak yang lahir luar nikah di binkan kepada siapa? mcmana plk mismah yang tak ada bin tu blh dapat IC, lahir plk tahun 64? dah umur 48 tahun. Ni mainan spr atau BN?