Saturday, April 28, 2012

TERKINI 3.00 PM!!! Sudah capai ratusan ribu, hampiri Dataran Merdeka

2.30 PM

3pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka. 

2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"

Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.

Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.
2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.
2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.

Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya.

Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.

No comments: