Saturday, April 28, 2012

VIDEO TERKINI!!! Al-Jazeera News siar video polis tembak gas pemedih mata ke tengah lautan manusia peserta Bersih


TERKINI! BERSIH 3.0: Serang Wartawan Untuk Tutup Keganasan Polis!!

Naib presiden PKR N Surendran berkata serangan yang didakwa dilakukan polis ke atas wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.

Beliau mendakwa, pasukan polis dengan sengaja dan secara sistematik menjadikan para wartawan sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan berlangsung semalam.

"Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan wartawan daripada merakam kekerasan, kegasan dan serangan polis ke atas orang awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa dalam kejadian berkenaan, polis melakukan penahanan ke atas wartawan daripada laman Malaysiakini, akhbar Guan Ming dan juga Malay Mail.

Selain itu, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman daripada wartawan Nanyang, stesen TV Channel News Asia, Al Jazeera, akhbar Makkal Osai dan laman Merdeka Review, dakwanya.

Dengan itu, beliau menuntut perdana menteri Najib Razak bertanggungjawab ke atas "tindakan jenayah" ke atas petugas media itu.

"Serangan yang diselaras sebegitu dan juga serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.

"Kami menuntut supaya Najib mengeluarkan jaminan segera bahawa kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghentikan segala campurtangan dengan media yang menjalankan tugas mereka," tambahnya.

Katanya lagi, serangan berkenaan melanggar peruntukan yang menjamin hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

No comments: