Wednesday, May 16, 2012

SIAPA RAJA FARHANA RAJA NONG CHIK?!!!! Dapat anugerah projek RM 30 Juta, anak orang UMNO kampung kah dia?

Scandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah..

Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah.

Ianya  mungkin kelihatan agak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi..  jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrak ysng bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya..

Satu-satunya masalah dengan  kontrak  kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar

Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau.


Anak perempuan Raja Nong Chik berusia 26 tahun, Raja Farhana, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua orang Pengarah syarikat. Beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 saham. Ini bermakna secara praktikal beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan Pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.

Syarikat itu, yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu apabila Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta RM dan liabiliti semasa kira-kira RM400, 000  terhadap aset semasa..


Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di ( SINI )
 
ASD 

4 comments:

' 1 TANAH MELAYU' said...

Setakat Projek 30 juta lekat chelah gigi aje......

Anonymous said...

betul!
org yg tak tau apa.. percaya buta2.. mengong...

Adi Kencana said...

Nak siar cerita kena tahu semua fakta. Istijuara dapat surat niat (Letter of Intent) dari KBS pada 2006. Pada masa itu, Raja Nong Chik BUKAN Menteri!! Nak tahu lebih lanjut?

HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Kononnya Raja Nong Chik Sekeluarga memang dapat banyak projek kerajaan sejak tahun 2000...
1 nama syarikat = 1 projek
Semua projek nilai tinggi...