Friday, June 1, 2012

CATATAN SEORANG PENULIS!!! Rasai nikmat tarbiyah ahli PAS di Himpunan Hijau

Hari ini baru penulis berangkat pulang setelah semalam bersama ribuan pencinta perjuangan PAS di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah. 
 
Tak kiralah berapa ratus ribu yang hadir, 100,000 ke, 120,000 ke ataupun melalui kaedah kiraan Rais Yatim, 22,000 ke, yang penulis tahu sama ada di luar atau di dalam begitu payah kaki ini nak melangkah panjang. Kadang-kadang terpaksa berjalan berensot-ensot dan berasak-asak. 
Penulis sendiri ada mengambil beberapa gambar dan merakamkan video beberapa senario untuk turut membuktikan bahawa di tempat duduk stadium mahupun di atas padang yang basah dan lecak, memang penuh dengan manusia berpakaian hijau.

Sepanjang himpunan itu penulis rasa cukup bangga dengan PAS kerana berjaya mentarbiyah  manusia untuk hadir dari beratus kilometer seluruh negara dengan perbelanjaan sendiri tanpa penaja dn upah semata-mata untuk menzahirkan rasa pejuangan bersama yang kental dalam menghadapi segala tekanan dan tribulasi dari pihak UBN.

Kehadiran ratusan ribu manusia itu tidak meluakkan sedikit pun duit parti Pas yang memang tak banyak mana duitnya, malah sebaliknya mendapat sumbangan derma ikhlas dari ratusan ribu para hadirin.

Acara kemuncak sebelah malam bermula dengan solat maghrib yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kemudian Tuan Guru Haji Salleh mengimamkan solat sunat hajat. 
 
Paling menarik Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil turut serta dalam solat hajat. Rasanya Tan Sri bukan tidak pernah solat sunat hajat namun rasanya solat hajat malam tadi memberi pengalaman yang lebih mengujakan kepada Tan Sri!

Penulis melihat dan mendengar dengan jelas suara hadirin ketika mengikut Cikgu Pa berbaiah. Jelas setiap perkataan yang disebutkan oleh hadirin yang berada di sekitar penulis malah ada di antara mereka bagaikan menjerit kerana semangat yang cukup tinggi. Ini membuktikan mereka yang hadir tidak main-main dalam perjuangan ini.

Tatkala selesai Tuan Guru Mursyidul Am yang kasihi membaca doa, para hadirin sekali lagi berasak-asak keluar stadium. Walaupun berasak-asak namun tetap dapat dilihat kesabaran dalam kalangan mereka. Mereka yang tua, yang OKU dan seumpamanya diberi ruang dan dibantu untuk keluar.

Di luar sekali lagi penulis dan kawan-kawan tersangkut sebelum sampai ke hotel. Tiba-tiba seorang anak muda mengetuk cermin kereta bertanya kami hendak ke mana. Kawan yang memandu memberi tahu bahawa kami mahu pulang ke hotel. 
"Kalau macam tu, abang undur sikit kereta abang dan ikut kawan saya ni", kata pemuda itu. Kami cuak jugak tapi kami ikut sahaja.

Setelah melalui beberepa jalan 'short-cut' akhirnya dalam 10 minit kami sampai ke hotel. Tak sempat kami mahu bersalam, pemuda yang membawa kami ke situ mengangkat tangan sambil mengucap selamat kepada kami. Jika tidak dibantu pertolongan pemuda itu kami mungkin tersang kut hampir sejam di atas jalan raya yang sesak.

Hari ini penulis pulang ke kampung halaman untuk meneruskan perjuangan parti di cawangan kami. Nanti apabila sampai di rumah, penulis akan terus mencoret pelbagai kenangan menarik himpunan ke Putrajaya!Garamlada

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, dharapkn semua ahli pas (pimpinan & penyokong)mengekalkn semangat tinggi ini dn bersedia dtahap pertama utk perjuangan seterusnya yg lebih mcabar...