Friday, June 1, 2012

PAS SEDIA GANTI UMNO!!! Ini bukti bergambar yang tidak boleh dinafikan UMNO

ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.


Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.


"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan  Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.


Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.


"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.


"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.


Sehubungan itu,  Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.


Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu.


Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis.


"Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya.SH



Ucapan, Amanat & Doa YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Al-Mursyidul Am PAS

 
Ucapan & Amanat YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS

Ini adalah sebahagian daripada hadirin. Ramai lagi berada di luar, tidak dapat masuk. Ramai yang tersangkut di tengah jalan

Peserta himpunan yang tidak dapat memasuki stadium Darul Aman menonton liputan melalui skrin yang disediakan di luar stadium
 
Sasterawan negara Dato' A. Samad Said mendeklamasikan puisi 'Generasi yang Gagah'

Pembacaan Bai'ah diketuai oleh Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Pusat

Sisi lain Stadium Darul Aman

Bendera PAS berkibar di Stadium Darul Aman

Bendera hijau putih berkibaran

Usai Maghrib memanjatkan doa kepada Ilahi

Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Meskipun hujan turun dengan lebatnya, petugas tetap gigih berdiri bagi memastikan siaran langsung dapat ditonton oleh semua..

Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya : Ceramah dari Ustaz Azhar Idrus


Gambar dari FB PAS Pusat


 

4 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

MALAYSIAKINI KATA 50 RIBU. BERAPA AGAKNYA UMNO BAYAR MALAYSIAKINI ?

HE!HE!HE!

Anonymous said...

ikot ko la luncai, tapi himpunan tu lebih ramai dari himpunan umno. himpunan umno angkut upah sekali dengan cina , india dan bangla, mat indon.

Anonymous said...

syabas la pas

cuma bila tengok gambaq tu "saf"nya perlu "dikemaskan" lagi kot hahaha

-tukangkomenpenyibukja-

Anonymous said...

bukan tak mahu betulkan tapi baru lepas hujan, tak kan nak sujud atas air lecah.

lagi satu tengok alatan PA system dah tersedia. tak ka nak angkat benda berat tu. Islam tidak menysahkan umatnya