Friday, June 1, 2012

SELEBRITI TV AL HIJRAH!!! Bersama di pentas PAS untuk memperjuangkan Islam


Zaid bersama Kumpulan Studio Muallaf & Friends di majlis pelancaran TV Al-Hijrah. Dari kiri: Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly, Ahnaf Jamal, Leia az-zahra Justin Abdullah, Hafeizi, Muhammad Zaid Tandang dan Alex Koh Kee Kiat (juga sudah masuk Islam). - Foto oleh SHAARI CHE MAT

SEORANG selebriti TV Al Hijrah yang memeluk Islam beberapa tahun lalu turut bersama-sama di pentas PAS malam tadi di Alor Star. Beliau ialah Muhammad Zaid Tandang berasal dari Sarawak  bertekad mahu menjadi salah seorang yang memperjuangkan Islam.
Muhammad Zaid Tandang dari  Studio Muallaf & Friends, yang turut memfokuskan tentang program televisyen, ceramah, seni al-Quran, buku yang berkaitan dakwah, bukan sekadar nyanyian. Kumpulan yang terdiri daripada Muhammad Zaid Tandang, Leia az-zahra Justin Abdullah, Ahnaf Jamal, Hafeizi, Alex Koh Kee Kiat, Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly dan Sarah Bani Yamin (pemain biola) bukanlah calang-calang kumpulan sebaliknya tampil dengan keunikan tersendiri.

Tampil dengan pelbagai rupa, kumpulan yang ditubuhkan kira-kira dua lalu ini telah menghasilkan lagu berasaskan hadis berjudul Hijrah yang menampilkan tujuh bahasa iaitu Arab, Melayu, Inggeris, Kadazan, Iban, Mandarin dan Hindi.


Kepelbagaian bahasa ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian keturunan di kalangan mereka, malah mampu menunjukkan kepada semua bahawa perbezaan antara satu sama lain tidak menghalang mereka untuk bersatu. Mereka mahukan Islam disampaikan kepada golongan Muslim dan bukan Muslim secara kreatif dan inovatif, bukan secara konvensional.


"Saya datang sini ada matlamat iaitu untuk menjadi salah seorang pejuang Islam," kata Muhammad Zaid sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana memberi ruang kepadanya dalam himpunan tersebut.

Himpunan malam tadi turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Kemunculan beliau mendeklamasi puisi 'Anak Muda Garang' diiringi sorakan semangat anak muda yang memenuhi stadium.

Padang becak akibat hujan lebat pada sebelah petang langsung tidak menjadi halangan untuk orang ramai duduk di atas rumput sepanjang himpunan berlangsung. (IH)

No comments: