Wednesday, December 5, 2012

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! SAT1M kebas RM19.9 Juta jual tanah rakyat

Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Mohamad Satim Diman memperoleh RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, kesemua urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.



“Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam.


Azmin yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS, meletak jawatan tersebut pada 23 Jun 2010 kerana mahu memberi laluan kepada tokoh lain dalam memberi sumbangan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.


Sambung Ahli Parlimen Gombak itu pada ceramah tersebut, beliau berkata, rakyat perlu pastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum kali ini bagi memastikan kezaliman dihapuskan.


“Kami tekad jika diberi mandat sebagai kerajaan, tidak akan ambil tanah walau seincipun kerana tanah adalah milik rakyat, bukan hak pemimpin.


“Bukti ini anda boleh lihat di Selangor di mana kita bukan sahaja tidak mengambil tanah, malah masalah tanah rakyat yang diabai Umno BN sekian lama kita selesaikan sebaik diberi mandat mentadbir negeri,” kata Azmin lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Selangor sedang giat kumpul maklumat berhubung dakwaan ‘projek sapu tanah’ oleh kerajaan BN sebelum ini.


Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan pegawai-pegawai daerah bagi mendapatkan pandangan berhubung isu itu.


“Kita masih dalam proses semak dan tambah maklumat kerana kita juga perlu turun padang untuk ambil gambar tanah dan jenis pembangunan yang dilakukan di atas tanah tersebut.


“Kemudian kita juga akan berbincang dengan Pegawai-pegawai Daerah untuk mendengar pandangan mereka berkenaan hal ini,” jelasnya, dipetik Media Selangorku.


Menteri Besar berkata, berikutan pendedahan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, tanah-tanah dengan keluasan satu hingga tujuh ekar itu dianggarkan bernilai lebih daripada RM20 juta, dan merupakan tanah yang bernilai tinggi kerana merupakan tanah untuk tujuan perniagaan komersial, rumah kedai, dan bangunan perniagaan.


Katanya, tanah-tanah tersebut diperolehi dengan harga bayaran premium sekaki nominal hanya RM1.


Jelas beliau, perkara itu berlaku antara 2000 hingga Mac 2008, yang ketika itu Selangor diketuai oleh Khir Toyo selaku Menteri Besar, sebelum negeri berkenaan tewas dalam pilihanraya umum 2008 kepada Pakatan Rakyat.


Nota:


SAT1M adalah singkatan daripada SApu Tanah 1Malaysia yang diguna pakai oleh Ng Suee Lim yang juga memberi maksud nama pangkal SAT1M Diman. 
JALAN PULANG 

6 comments:

insafdoh67 said...

Cis... X Sangka YB Sat 1m buat kerja gni. Tngk pada songkok. Ckp psl Islam. Dlm senyap Baham Tanah Murah... 1kaki Rm1. Rakyat nk Tanah x dpt. Minta x. Mu jd Yb sape yg Undi. Belum jd Yb jnji tolong Rakyat. Dapat je Sapu Tanah Rakyat. Xpyh ckp psl Melayu. Islam r wat malu Bangsa je klau jenis Gini.. Ape tngu lg. Nk Caya lg ke Puok ni. Mcm.mcm dh keluar keJahatan puok ni. INSAFLaH.

Anonymous said...

taniah sat1m kerana berjaya menbodohkan orang melayu umno
yang susah payah menyokong dan menbantu umno.
hidup umno

Anonymous said...

bila rakyat minta tanah, Pejabat tanah kata dlm perhatian, Tanah Hutan Simpanan Kekal dll lagi alasan....tapi sebenarnya tanah dah dijual pd org bukan Melayu dan ada yg di peruntukkan utk kroni UMNO. Kroni yg bukan tinggal di kawasan contohnya di Ampang tapi tinggal di Melaka pun dpt tanah.....UMNO memang zalim.!

Anonymous said...

Satim ni kena bagi tanah lagi, tapi tanah kubur supaya hidupnya tak menyusahkan orang.

Anonymous said...

Bagaimana Satim yang berlagak bijak ini boleh memberi anak bininya makan api neraka.

Memberi anak bini benda haram sama seperti memberi api neraka.

Anonymous said...

mana beruk umno , tak komen ke?