Sunday, December 23, 2012

MUSIM KATAK MEROYAN!!! Gobala mula membodek, berangan nak pertahan kerusi Padang Serai


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2010/12/gobalakrishnan-300x221.jpgPADANG SERAI - Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan penuh bermakna.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, ini supaya Najib dapat meneruskan dasar transformasi beliau demi kemajuan negara dan kemakmuran hidup rakyat di negara ini.


"Tidak ada sifat pilih kasih yang diamalkan Perdana Menteri menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini merasa dihargai dan mendapat bahagian yang sama selaras dengan dasar transformasi yang diamalkan kerajaan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 50 keluarga tidak berkemampuan di Lunas, di sini petang semalam.



Gobalakrishnan yang merupakan bekas pemimpin PKR dan kini Ahli Parlimen Bebas, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha gigih beliau yang membolehkan rakyat pelbagai peringkat tidak tersisih daripada pembangunan negara.


Katanya, beliau yakin bahawa Najib akan dapat membawa negara dan rakyat menuju ke arah kemajuan selaras dengan dasar negara yang menyasarkan pendapatan yang lebih tinggi untuk rakyatnya.


"Kita harap rakyat akan memberi mandat yang pertama kepada Perdana Menteri kini kerana mandat pada kemenagan PRU12 lalu adalah mandat yang diberi kepada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.


Beliau berkata, sebagai seorang perdana menteri yang prihatin atas nasib rakyat, Najib mampu meneraju negara di sebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan pakatan pembangkang kini.


Sementara itu, Gobalakrishnan berkata, beliau berhasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU13, namun kesal kerana ada pihak mempertikaikan kes mahkamahnya yang boleh membantutkan hasratnya bertanding kelak.


"Jika saya mendapat peluang saya akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai yang saya menangi pada PRU12 lalu kerana saya  masih percaya penyokong saya masih berada bersama saya," katanya. - Bernama

12 comments:

Anonymous said...

dey macaaaa..lu sudah dapat bagiann....cakap byklah......saya tarak dapat...macam mana.....tipu punya org...chitttt..

azman kamarul said...

kali ni dia tau lah....langit tu tinggi atau rendah.

rakab said...

Orang yang paling masak dengan temberang PR adalah orang yang selama ini bergelumang dalam puak tersebut !

Bila Gobala tinggalkan Pakatan bermakna dia dah tak mampu lagi hendak bersandiwara dengan kepalsuan Pakatan.

Gobala telah menganbil langkah yang betul.

Deepak said...

Ni Aziz adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

Ini kerana sekitar awal tahun 2000, nik aziz menyatakan bahawa "kalu Dr. Mahathir letak jawate, esoknya ambo pun letak jawate"! Tun Mahathir telah pun meletakkan jawatan tahun 2003. Sudah hampir 10 tahun berlalu, tetapi nik aziz bukan sahaja masih belum meletak jawatan, malah berangan nak bertanding lagi!

insafdoh67 said...

Rakab depak molek r sokong puok katak ni..... Citttt.cittt.citt.. Ayooo.ayooo.ayooo. Kaki pusing blke... Kih.kih.kih...

Anonymous said...

Rakab n deepak..adalah 2 ekor anjing suruhan umno..menyalak bila dpt freekies..oleh sbb spesis binatang so tk heran bila brckp pun style binatang..

Anonymous said...

Tak ada hal punya kalau dia nak bertanding semula. Mungkin dia boleh pakai bendera umno.

Anonymous said...

Ish! Teruknya... Nape jadi cam tu ya?

rakab said...

Kalau Nik Aziz letak jawatan dan tidak bertanding lagi, Pas akan terlangkop menyembah bumi, lumpuh dek percakaran sesama ahli dan melupus dengan sendirinya.

Nik Aziz tahu benar akan hakikat ini!
Kerana kekuatan Pas adalah pada Nik Aziz dan bukannya pada Islam !!

Anonymous said...

rakab xhabis dgn fitnah ko.xingt mati ke

Anonymous said...

yang tak ingat mati ialah nik aziz !

insafdoh67 said...

Bengong mu cai... Mu ingat ke mati.... Tolol punya komen..... Sape ingat nok mati.... Semua takut nok mati... Ayam lariii.. Kalau berani g palestin.. Jihad.. Baru class... Kih.kih.kih... Insaflah... Cai&co..