Friday, December 14, 2012

ROSMAH RASMI KAPAL TLDM!!! Negarawan macam Mahathir hanya jadi tunggul buruk

Zahid tersenggeh memberi taklimat kepada Rosmah mengenai kapal latihan yang dilancarkan,manakala Tun Mahathir menjadi tunggul buruk dibelakang
Inilah kisah dan perangai isteri Perdana Menteri negara sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor...

Baru-baru ini kecoh pasal kisah seorang artis lelaki yang dikatakan bersanding dimajlis perkahwinan dengan memperagakan unifom pasukan keselamatan. Artis tersebut (Faris Kamil kalau tak silap aku) ditegur pihak Mindef kerana berbuat demikian.

Nah..!!!  Kini Rosmah Mansor merasmikan sebuah kapal perang TLDM.... 

Apa kata pihak Mindef...???

Apakah keistimewaan seorang isteri Perdana Menteri hingga boleh mencampuri urusan rasmi negara.??

Tambahan pula dalam urusan pertahanan negara... Hari ini dilihat Tun Mahathir menjadi tunggul dalam Majlis Upacara Penamaan Dan Pelancaran Kapal Latihan TLDM Pertama di NGV Tech Sdn Bhd, Sijangkang di sini hari ini. 

Begitu juga dengan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang turut sama merestui Rosmah merasmikan kapal tersebut.

Sungguh memaluka negara apabila turut hadir dalam majlis tersebut  ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dimana letaknya maruah ATM. Sebelum ini tiada tercatit dalam sejarah ATM sebuah kapal TLDM dilancar rasmikan oleh seorang isteri Perdana Menteri.

Hari semakin hari sikap Rosmah semakin berani mencampuri urusan rasmi negara, apa kelayakan Rosmah mencampuri urusan perasmian berkaitan pertahanan negara. Najib pun tak boleh tegur...hahaha...

Adakah beliau (Rosmah) telah ditauliah sebagai seorang kolenal kehormat didalam tiga cabang pasukan Angkatan Tentera Malaysia,semua ini menjadi tanda tanya warga ATM yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.


Memalukan... Datin Rosmah merasmikan  Kapal Latihan TLDM 


Malang...Inilah kapal TLDM yang dilancarkan oleh seorang isteri Perdana Menteri Malaysia

11 comments:

Anonymous said...

Sesapa boleh lancar kapal, dari sampan ke tongkah, hinggakan ke kapal laut dalam mahupun kapal perang.

Kalau di google, ada banyak pompuan berstatus Queen, Bini PM etc yang lancar kapal kapal.

Yang penting, kapal yang dilancar jangan pakai enjin Kancil sudah.... dah lah tak boleh jalan jauh, tenggelam pulak. Itu yang buat habis beras aje !

Kiri kanan yang nampak macam tunggul tu, tunggul hidup dari Tasik Kenyir baka ikan toman....boleh makan orang tau.

Anonymous said...

Kalau nak tahu jika BN menang Rosmah akan jadi PM, Hahaha

mat ganja sungai derhaka said...

Setakat melancarkan kapal latihan ke laut, apa ada pasal?......bukannya meluluskam pembelian kapal!!

Anonymous said...

nmpk sgt org yg tulis artikel ini kurang arif dengan tradisi tldm. bg tentera laut yg mempunyai tradisi atau kaitan dengan tentera laut britain(royal navy), pelancaran sesebuah kapal mesti dilakukan oleh pompuan. ini kerana bg anggota tentera yg berkerja diatas kapal tersebut, mereka perlu anggap kapal itu mcm isteri mereka. so takda hal ler kalau rosmah nak lancarkan kapal apa pun. buat dosa aja duk fitnah orang.

Anonymous said...

kapal scorpene yg jenis timbul ni ke rosmah rasmi,bimbang nanti tenggelam xtimbul2

Anonymous said...

Orang umno tak rasa malu ke tengok Rosmah yg dah agak tua tu tak bertudung. Budak tadika pun bertudung. Apa nak dikata ye, suami pun tak tau contoh najis mughalazah. itu mufti ipoh mali tak mau bagi kuliah ke tentang hal-hal tutup aurat dan jenis-jenis najis dalam islam kat dua pasangan tu?

Anonymous said...

Mereka yang menentang hijab sila lihat ini...http://www.youtube.com/watch?v=Di9_3ppTb9g

Anonymous said...

Sembang sedap nampak. Kalau korang nak sembang pasal foreign navy itu korang punya hal. Tapi aku ni ex navy yang nak bercakap. Kapal perang TLDM hanya dirasmikan atau ditauliahkan oleh isteri kepada Sultan Atau Agong sahaja untuk mengambil berkat DiRaja kalau korang nak tahu. Sebab tu kapal TLDM namanya KD Kapal DiRaja dan bukannya SRi Rosmah. Belum pernah wujud dalam Malaysia betina garik macam dia yang tauliahkan kapal. So ada sapa-sapa nak debat dengan aku. Jangan ikut Queen ke atau mana-mana navy negra lain, sebab kita bercakap pasal Malaysia. Kalau nak kata kita kena rujuk negara lain, apsal Malaysia tak ikut cara politik sebagaimana US ke British ke. Ada bran

Anonymous said...

er kapal kd kedah tu sultanah kedah ker rasmi? rasa nya puteri intan shafinaz kut. kita mengamalkan tradisi yg ditinggalkan oleh royal navy. lg satu bukan kita sedikit sebanyak ikut sistem politik britain ka? cuba kaji bebaik.....kalau ikut politik united state, mamat bangla bleh jd presiden kalau dah dapat pr.

Anonymous said...

BODOH BENGAP BAHLOL BANGANG BENGONG

Anonymous said...

bakal menteri pertahanan malaysia.ha3