Wednesday, January 26, 2011

Mazlan Aliman ulangi cabaran debat , Ahmad Maslan tiada respon

Hanya Mahu Berdebat Dengan Ahmad Maslan


SHAH ALAM 26 Jan. : Tindakan kumpulan pro-Umno yang mahu menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) bagi menyaingi Persatuan Anak Persatuan Penerokan FELDA Kebangsaan (ANAK) disambut sinis oleh Mazlan Aliman.

"Saya hanya mahu berdebat dengan Datuk Ahmad Maslan sahaja," Presiden ANAK) itu.

Ujarnya, walau NGO mana yang datang, cabarannya untuk berdebat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu harus disambut dahulu.

"Saya tidak akan berdebat dengan kumpulan lain sebab mereka tidak ada kelayakan sebab isu yang kita bawa ini bukan isu politik. Ini isu masa depan warga FELDA," katanya ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi.

Mazlan semalam menghantar surat tawaran kedua kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu untuk berdebat mengenai isu FELDA.

Ia antara lain untuk membahaskan beberapa masalah yang membelenggu FELDA termasuk masalah yang dialami generasi kedua dan ketiga peneroka.

Namun menyahut kepada cabaran itu ialah sebuah kumpulan baru pro-Umno yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua FELDA, yang mahu menandingi pengaruh ANAK.

Sementara itu ujar Mazlan, beliau mahu Ahmad menyahut cabarannya untuk berdebat demi membuktikan ketelusan dan kejujuran kerajaan dalam membela nasib peneroka.

Katanya, dalam soal kelangsungan hidup masyarakat FELDA, hanya menteri yang boleh memberi jaminan dalam hal itu.

"Saya hendak berdebat sebab saya mahu Datuk Ahmad Maslan bercakap di depan warga felda yang akan menonton debat itu secara langsung dan kita hendak jadikan hujah Datuk Ahmad Maslan sebagai hujah yang boleh dipegang oleh masyarakat dan warga felda.

"Dua kali saya sabar untuk berdebat dengan dia, kalau dia menolak, tidak ragu-ragu lagi bahawa dia seorang menteri penakut," selar Mazlan.

Kali pertama Mazlan mencabar Ahmad berdebat pada Jun tahun lalu berhubung kemerosotan rezab FELDA.

Dalam cabaran terbarunya, Mazlan memberi tempoh dua hari kepada Ahmad untuk memberikan jawapan.

Debat itu akan diadakan pada 28 Januari, dua hari sebelum pilihan raya kecil DUN Tenang.

Malah Mazlan berkata, beliau sanggup berdebat dengan Ahmad hatta di bangunan Umno sekalipun.

Read more ...

Tuesday, January 25, 2011

Umno celaru urus ekonomi

Nurul Izzah: Ekonomi Bercelaru Di Bawah BN


LABIS 26 Jan. : Pengurusan ekonomi bercelaru di bawah kepimpinan Umno-Barisan Nasional akan mengakibatkan generasi muda menanggung beban hutang negara yang semakin meningkat saban hari.

Justeru menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, agenda reformasi mengangkat martabat rakyat masih relevan dalam perjuangan Pakatan Rakyat.

Izzah yang hadir pada sesi penerangan Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak malam tadi menjelaskan hutang isi rumah yang mencecah hampir RM566 bilion selain bon kerajaan berjumlah RM159 bilion iaitu 24 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan memberi impak negatif terhadap ekonomi negara.

"Isunya, bagaimana wang negara diuruskan oleh kerajaan sedia ada. Akibatnya anak-anak akan menanggung sengsara akibat pengurusan ekonomi yang bercelaru," jelas beliau kepada pengunjung yang hadir.

Izzah turut menyentuh laporan media arus perdana yang memaparkan seolah-olah penduduk Tenang tidak kisah dengan kemerosotan ekonomi hidup di kawasan itu walaupun harga getah melambung tinggi sejak akhir ini.

Beliau menyeru agar rakyat membuat persiapan mental dan fizikal pada pilihanraya kecil nanti untuk memilih kepimpinan yang mampu menggalas tugas membantu meyampaikan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor.

Tambah Izzah, masyarakat di daerah itu perlu menyampaikan maklumat penerangan yang diberi pemimpin Pakatan Rakyat kepada penduduk sekitar disamping menggesa supaya rakyat yang berhijrah ke luar untuk balik membuang mengundi.

"Kita perlu tahu apa persiapan, kita perlukan kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab yang bersuara untuk kepentingan rakyat," jelasnya lagi.

Read more ...

Roboh gerai penduduk di Tenang : Umno semakin sombong , berlagak dan kejam

Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.

(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambar pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.)

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.

(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.)

"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.


(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno.)

Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.

Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;

"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan.

Read more ...

Kerajaan Kelantan tunai janji kepada pemain Kelantan

Pemain Kelantan dapat ganjaran

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgn8Tgci5umsm2pLcSP0MmwcFpM4LdsZ8aDxwq0AmL_FKSZi5bX-LleeQSY-5BBpSlPZkriMIIT_Gf0m-2cuX7VySXls6yYqrT5RDWECnxBFxF4N9bALQt_6pZ6dQyZ9HKX6iXMij-me7Se/s1600/jersi_kelantan_01.jpgKOTA BHARU, 26 Jan. : Kerajaan Negeri Kelantan mengotakan janjinya apabila menyampaikan ganjaran bernilai RM200,000 kepada barisan pegawai dan pemain pasukan Kelantan di atas kejayaan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali sejak 89 tahun lalu.

Majlis Penyerahan Cek Kepada Pemain Pasukan Bola Sepak Kelantan Sempena Kejayaan Menjuarai Piala Malaysia 2010 disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis yang berlangsung di Kota Darul Naim semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Exco-exco Kerajaan Negeri, barisan kepimpinan tertinggi Kafa dan pemain Liga Super Kelantan.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam ucapannya berkata, Kafa merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan di atas kesudian menyampaikan ganjaran kepada barisan pemain dan pengurusan.

“Walaupun kita berhadapan pelbagai ujian seperti kehilangan tiga pemain, penggantungan jurulatih (B Sathianathan), masalah stadium tetapi semangat kental kita sebagai orang Kelantan akan sentiasa menempuhi cabaran.

“Saya beri jaminan kita akan buat segala usaha terbaik untuk memperkasakan pasukan dan menghargai sokongan tidak berbelah bahagi peminat setia bola sepak Kelantan. Dan saya mahu pemain tidak terganggu emosi di atas penggantungan jurulatih kita,” katanya.

Sementara itu Datuk Nik Abdul Aziz dalam ucapannya berkata, walaupun nilai ganjaran itu tidak seberapa, tetapi tetap merupakan satu hadiah istimewa daripada Kerajaan Negeri dan diharap menjadi satu pencetus semangat kepada pemain Kelantan untuk terus berjaya pada masa akan datang.

“Saya ingin melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada pengurusan Kafa, jurulatih dan pemain yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia pada tahun lalu. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh usaha untuk memajukan sukan bola sepak di negeri ini.

“Sebagai tanda penghargaan kepada pemain, kalau pada 2009 kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan menghadiahkan pakej umrah kepada semua pemain tetapi pada kali ini kita menghadiahkan ganjaran dalam bentuk wang tunai pula atas kejayaan menjulang Piala Malaysia," katanya

Read more ...

Umno tak dapat terima hakikat, PAS dapat sambutan

Sambutan dingin tidak berlaku
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibsr_DuUo7WKv8ReF7lHl7MBeJc-Xx75GNpvBQOP1mBhsZ7Utn4UGtqOnzAjfIA4ONCyODiB6SIVwGSJ_mCULC-HuD2v2wS29YeUvVInX1tLp7B4D-_IWHibtjTvPnOGOKEtQQmkkqxFYZ/s400/mazlan+aliman.jpg
SENAI, 26 Jan. : Sambutan dingin terhadap ceramah Pas yang diadakan sepanjang tempoh berkempen di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang tidak pernah berlaku malahan mendapat mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ketua Penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman menafikan tuduhan yang kononnya ceramah Pas tidak mendapat sambutan di DUN Tenang sebaliknya menganggap ia adalah tuduhan bagi menunjukkan Pas tidak mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.

“Pelbagai siri ceramah telah diadakan sebaik sahaja tempoh berkempen bermula sejak empat hari lalu, dan sambutan yang di terima amat menggalakkan daripada penduduk tempatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dari parti komponen Pas, PKR dan DAP melibatkan diri dengan siri ceramah yang diadakan sekali gus menunjukkan komitmen parti terhadap isu yang dibawa.

“Sebanyak lima siri ceramah diadakan Pas setiap hari di tempat-tempat yang berasingan di DUN Tenang, sama ada kampung, Felda atau pekan tanpa mengira kaum dan bangsa,” katanya.

Katanya, isu-isu yang dibawa sepanjang tempoh berkempen lebih menjurus kepada permasalahan rakyat di mana perkara berkenaan cuba disorokkan kerajaan.SH

Read more ...

Umno politikkan isu Bazar Tok Guru

Hasrat hendak bantu peniaga: MB

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2010/03/aa1.jpgKOTA BHARU, 26 Jan.: Kerajaan Negeri Kelantan menyenaraikan nama peniaga Arked Uda untuk menyewa atau membeli lot kedai di Bazar Tok Guru sebagai hasrat membantu peniaga kecil terbabit.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kawasan perniagaan Arked Uda bukan di bawah Kerajaan Negeri.

Menurutnya, Bazar Tok Guru pada asasnya dibina bagi memberi peluang kepada peniaga di Bazar MPKB kerana bangunan itu akan diruntuhkan.

“Saya difahamkan tapak Arked Uda akan dibina hotel, Kerajaan Negeri bersimpati dengan nasib peniaga kecil di situ dan kami menawarkan peluang berniaga di Bazar Tok Guru bersama peniaga Bazar MPKB.

“Kami bagi tahu awal-awal lagi, sama ada nak beli atau nak sewa kena bayar dengan harga yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ganjaran kepada pemain bola sepak Kelantan bersempena muncul juara Piala Malaysia 2010 dalam majlis di Kota Darul Naim, di sini semalam.

Nik Aziz berkata, isu Bazar Tok Guru sengajakan dipolitikkan pihak tertentu sedangkan Kerajaan Negeri berusaha membantu peniaga.

“Peniaga Bazar MPKB diarahkan pindah kerana bangunan itu akan diruntuhkan, kita menangguhkan setahun lagi bagi membolehkan tempat perniagaan untuk mereka disiapkan terlebih dahulu.

“Dalam masa sama peniaga Arked Uda juga bakal hilang tempat apabila Uda berhasrat membangunkan kawasan itu,” katanya.

Kerajaan Negeri katanya, hanya akan membuat permohonan tanah Uda itu untuk peniaga asal sekiranya Uda tidak mematuhi syarat.

Ketika ditanya mengenai ruang niaga yang sempit di Bazar Tok Guru, Nik Aziz berkata, ia bagi membolehkan peniaga daripada kedua-dua kawasan itu mendapat tempat.

“Memanglah sempit, sebab pada asalnya kami mencadangkannya untuk peniaga Bazar MPKB sahaja, kami betul-betul nak tolong mereka (peniaga Arked Uda),” katanya.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menyatakan persediaannya untuk berhubung dengan Nik Aziz bagi menyelesaikan isu pemindahan peniaga ke Bazar Tok Guru.

Mustapa berharap nasib 415 peniaga kecil yang menjalankan aktiviti perniagaan di Pasar Lambak Arked Uda dan Bazar MPKB perlu diberi perhatian sewajarnya.

Projek Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu (PMBK) dikatakan menyediakan 384 lot dengan keluasan setiap unit kira-kira 1.82 x 2.4 meter persegi sahaja berbanding keluasan kira-kira 3.04 x 3.65 meter persegi seperti yang dijanjikan.SH

Read more ...

Wartawan Britain bercerita pengalaman memeluk Islam

Pengalaman Luar Biasa : Wartawan Britain Masuk Islam


KUALA LUMPUR 26 Jan. :Perasaan luar biasa yang menyelubunginya ketika melihat keindahan pokok, merupakan detik yang membuka hati Lauren Booth, seorang wartawan Britain untuk memeluk agama Islam pada 2009.

Booth berkata perasaan itu muncul ketika beliau sedang berjalan-jalan di kawasan hutan berhampiran rumahnya, selepas keluarganya menghadapi pelbagai tragedi termasuk suaminya koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menceritakan pengalamannya dalam syarahan bertajuk "Perjalananku Menuju Islam' di hadapan 300 tetamu, semalam, Booth berkata segalanya bermulaketika beliau menemu bual penjaga Masjid Al-Aqsa pada 2007 di Copenhagen, Denmark.

"Pada hari yang berkenaan, saya berasa amat tenteram, dan saya seakanmemberi sepenuh perhatian kepada apa yang dipertuturkan oleh lelaki yang beradadi hadapan saya itu, walaupun saya tidak memahaminya," katanya yang pernah bertugas untuk Sky News, BBC One dan BBC News 24 di United Kingdom (UK).

Perasaan itu katanya, berterusan apabila beliau melalui banyak pengalaman luar biasa ketika berada di Iran atas tujuan kerja pada tahun yang sama.

Booth yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, berkata beliau akhirnya menyedari perasaan yang menyelubunginya itu adalah hidayah dari Allah S.W.T yang membawanya mengenali agama paling suci di dunia.

Mengimbau kenangan ketika bekerja di Gaza pada 2005, beliau berkata masyarakat Islam di sana adalah golongan paling positif yang pernah dikenalinya, sekalipun mereka sering dikaitkan dengan label negatif termasuk keganasan.

"Sebelum tiba di sana, saya berasa sungguh takut untuk ke tempat yang dilabel sebagai ganas dengan penduduknya meletupkan diri mereka dan memegang senapang sambil menjerit Allahuakhbar.

"Tapi tanggapan pertama saya terhadap mereka apabila tiba di sana adalah sangat positif. Mereka menyambut baik kedatangan saya dan menerima saya seperti anggota keluarga sekalipun saya orang Barat," katanya.

Ketika sesi dialog selepas itu, Booth menggesa masyarakat Islam agar berpegang teguh kepada keyakinan mereka dan tidak tergugat walaupun tidak diterima oleh masyarakat sekeliling.

"Anda harus melaungkan sekuat hati bahawa Islam adalah agama terbaik di dunia ini dan agama ini tidak menggalakkan keganasan. Islam penuh dengan kasih sayang terhadap saudara seagamanya," katanya.

Booth juga merupakan aktivis yang banyak membantu masyarakat Palestin serta pernah ditahan di Gaza oleh regim Israel yang tidak mahu beliau pulang ke UK pada 2005.-BERNAMA

Read more ...

Cikgu Mala paling sesuai

Mahfuz- Cikgu Mala Wanita Besi


LABIS 26 Jan.: Pemimpin PAS menggambarkan calon Pakatan Rakyat DUN Tenang sebagai seorang wanita besi apabila menawarkan diri sebagai wakil rakyat untuk mengangkat martabat masyarakat, masuk hari ketiga kempen Pilihanraya Kecil di DUN Tenang.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kewibawaan yang dimiliki Normala Sudirman adalah pilihan yang sesuai berbanding calon Umno-Barisan Nasional.

"Saya kira Cikgu Mala seorang wanita besi. Kalau lihat raut wajar dia seorang yang lembut, tapi keberanian untuk meletak jawatan seorang guru bukan bertujuan untuk bertanding pilihanraya tetapi untuk menceburkan diri sepenuh masa dalam politik perjuangan untuk bersama dengan rakyat di bahagian Labis ini.

"Sebab itu Cikgu Normala seorang yang sangat wajar diberi sokongan dan dokongan oleh semua lapisan masyarakat kepada beliau pada pilihanraya kecil 30 haribulan nanti," ujar beliau ketika menghadiri sesi penerangan di pusat ceramah DAP Pekan Labis semalam.

Berceramah di hadapan kira-kira 500 masyarakat Pekan Labis yang hadir malam tadi, Mahfuz turut mengulas kecuaian calon Umno-Barisan Nasional sehingga disaman di mahkamah ketika menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada tahun 2003.

Ketika itu, Azahar Ibrahim melelong tanah milik Mansor Mohamad kepada pembeli bernama Rohana dengan harga RM70 ribu tanpa pengetahuan beliau.

Justeru pada tahun 2004, mahkamah mengarahkan Azahar dan Pejabat Tanah Daerah Segamat membayar dengan kos kepada Mansor.

Rohana turut menyaman Pejabat Tanah RM1.5 juta atas kecuaian dan kes tersebut masih didengari di mahkamah.

Mahfuz menambah, perilaku calon yang tidak mampu membela nasib kaum sendiri pada ketika itu kontra dengan janji yang ditawarkan beliau kepada penduduk DUN Tenang pada pilihanraya kecil nanti.

"Bila mahkamah memutuskan menerima tuntutan Puan Rohana, bermakna kerajaan kena bayar kepadanya RM1.5 juta. Siapa yang jadi punca, Azahar calon Barisan Nasional. Wang yang akan dibayar bukan wang Azahar, tapi wang dari poket rakyat khususnya penduduk daerah Segamat.

"Bagi saya ini bukan kecuaian, ini soal integriti dan amanah," ujarnya lagi.

Beliau menyifatkan tindakan BN meletakkan Azahar sebagai calon merupakan satu penghinaan kepada pengundi di DUN Tenang.

"Pengundi DUN Tenang mahu calon yang bersih, mahu calon yang berintegriti, akauntabiliti dan cekap. Ini yang kita mahu daripada calon yang bertanding dalam pilihanraya dan ini ada pada Cikgu Normala Sudirman," ujar beliau disahur tepukan gemurah kaum Tiong Hua yang hadir.

Read more ...

Pengasas RTM meninggal dunia



KUALA LUMPUR 26 Jan. : Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Tan Sri Dol Ramli, yang meninggal dunia malam tadi kerana mengalami masalah lemah jantung, akan terus diingati oleh dunia penyiaran tanah air sebagai seorang yang besar jasanya kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Allahyarham Dol berusia 88 tahun.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang sempat menziarahi Allahyarham selama kira-kira 20 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir menyifatkan Allahyarham sebagai sahabat lama yang banyak menyumbang jasa kepada RTM dan negara dalam pelbagai aspek khususnya dalam
memartabatkan bahasa Melayu.

Dilahirkan pada 3 Okt 1922 di Dunlop Street, Singapura, Dol memulakan alam persekolahannya di Kampung Glam Malay School, Singapura dan mendapat pendidikan tinggi di Raffles College, Singapura pada 1941.

Sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, beliau pernah menjadi guru selama tiga tahun sebelum menjadi penterjemah Melayu untuk Press Intelligence Office dari 1946 hingga 1948.

Allahyarham pernah menjadi jurubahasa untuk Mahkamah Daerah dan penyampai penterjemahan, perkhidmatan Melayu, Radio Malaya pada 1948 sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya Singapura pada 1951 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Kelas Kedua Atas dalam Sejarah).

Kerjaya Allahyarham Dol dalam bidang penyiaran bermula dengan menjawat jawatan Ketua Perkhidmatan Melayu, Radio Malaya pada 1955 sebelum diberi kepercayaan sebagai rakyat Malaysia pertama memegang jawatan Ketua Radio Malaya selepas persaraan David Lyttle pada 1961.

Allahyarham terbabit dalam penubuhan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak, Asia Pasific Institute of Broadcasting Development dan memperkenalkan siaran radio luar negara yang dikenali sebagai Suara Malaysia.

Allahyarham yang menulis lirik lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" pernah berkhidmat di Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan Perbadanan Penyiaran Australia dari 1969 hingga 1974.

Allahyarham menjadi Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dari 1975 hingga 1980 dan turut terlibat dalam mencadangkan pembinaan Wisma Bernama dan penubuhan cawangan Bernama di setiap negeri di Malaysia, selain membuka pejabat di luar negara seperti di Manila, Bangkok dan Singapura serta memperkenalkan Perkhidmatan Foto Bernama.-BERNAMA

Read more ...

Kroni sapu kekayaan Sarawak

Kekayaan Sarawak Tidak Dinikmati Rakyatnya


SHAH ALAM 26 Jan. : Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak, Baru Bian mempersoalkan kenyataan Tan Sri Taib Mahmud bahawa gagasan pembangkang iri hati dengan kekayaan negeri itu.

Sebelum ini Ketua Menteri Sarawak itu menyifatkan kekayaan dan kemajuan yang dicapai Sarawak mengakibatkan banyak pihak berasa dengki sehingga ada yang bertindak cuba merampas kuasa daripada kerajaan sedia ada.

Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion, tetapi sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah.

Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di bumi kenyalang itu.

Bercakap kepada Tv Selangor Baru Bian menjelaskan bahawa kekayaan negeri Sarawak yang melimpah tidak dapat dinikmati oleh rakyat negeri itu disebabkan kekayaan negeri itu hanya berlegar sekitar Taib Mahmud dan kroninya sahaja.

" Kalau kita memperkatakan kekayaan, Ketua Menteri dan kroni -kroninya yang terkaya di Malaysia, mereka yang kaya di Sarawak tetapi rakyat biasa tidak ," katanya.

Tambah Baru Bian lagi, Laporan Ketua Audit melaporkan bahawa sebanyak 60 peratus pembangunan negeri itu berlaku ketirisan disebabkan rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun Sarawak adalah sebenarnya terkaya di Malaysia dari segi sumber asli, mengapa kita dalam golongan ke empat negeri yang termiskin, ini adalah soalan yang kita hendak tanya kepada rakyat Sarawak,dan jawapannya jelas bahawa Barisan Nasional yang diketuai oleh Taib Mahmud dalam 30 tahun sebagai Ketua Menteri tidak jujur dan tidak ikhlas dan tidak tepat tentang pentadbiran,kerana banyak rasuah dan terbukti dalam laporan ketua audit bahawa 60 peratus projek pembangunan Sarawak bocor," katanya.

Justeru, Pakatan Rakyat Sarawak berharap rakyat negeri itu dapat memberikan mereka peluang membuat perubahan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung bila-bila masa sahaja.

" Tawaran kita kepada rakyat Sarawak ialah berikan kita peluang memerintah 5 tahun di Sarawak akan membukti kepada rakyat Sarawak bahawa cara kita memimpin berlainan berbeza dengan Barisan Nasional ," katanya.

Read more ...

Blogger Umno belasah PAS Parit Buntar dapat panggu

Mai baca apa blogger Umno tulis pasai PAS Parit Buntar

Alahai Luncai Si Blogger Umno

Artikel : Aku takdak idea nak tnulis, jadinya aku nak kongsi apa yang blogger Umno sorang ni tulis pasai PAS Parit Buntar. Aku nak gelak pun ada tapi kesian pulak rasanya.... layan ja laa...

PAS PARIT BUNTAR DAH JADI RAKAN MUDA

BAWAK RAKYAT BERSERONOK UNTUK TUTUP KELEMAHAN


SEBENARNYA SENANG JADI PAS NI. PARTI PALING SENANG DI DUNIA AKU RASA PAS LAH. DARI PUCUK TERTINGGI HINGGALAH KE AKAR DALAM BUMI.


DI PUCUK, NIK AZIZ SEBAGAI CONTOH, BILA RAKYAT MULA PERTIKAI KEKAYAAN ANAK DAN MENANTUNYA, NIK AZIZ TERUS KATA " ADAPUN KRONI INI ADALAH SUNNAH, ABU BAKAR, OMAR, ALI ADALAH KRONI RASULLULLAH SAW" .


HABIS. TUTUP MULUT.


DI BAWAH, AMBIL CONTOH PARIT BUNTAR. TAK ADA APA SATU DIBUAT UNTUK RAKYAT. PEMBANGUNAN HARAM TAK ADA.


RAKYAT DAH MULA BANGKIT. WAKIL RAKYAT PAS, KALAU MELAWAT TAK ADA TEMPAT LAIN SELAIN BAGAN CINA.


ORANG MELAYU , KALAU NAK JUMPA WAKIL RAKYAT HANYA DI PENTAS CERAMAH. GODAM UMNO TAK HABIS HABIS.


UNTUK ATASI KEMARAHAN RAKYAT, PAS AMBIL PENDEKATAN MUDAH. GULA GULAKAN RAKYAT. BAGI RAKYAT SERONOK.


TIAP TIAP MINGGU BUAT PERTANDINGAN MEMANCING. HABIS PARIT, TEBUK DIREDAH. KENAKAN YURAN, DUIT YURAN ITULAH JADI HADIAH.


LEPAS MEMANCING BUAT PULAK PERTANDINGAN BOLA SEPAK. HABIS ANAK MUDA MAIN BOLA.


HIDUPLAH NAMPAKNYA PAS. ADA AKTIVITI. SEHINGGA RAKYAT KELIRU, PAS INI PARTI ISLAM KE RAKAN MUDA ?


CUMA TUAH PAS PARIT BUNTAR IALAH UMNONYA KANTOI. SAMA JE PEMUDA, WANITA, PUTERI DAN UMNO BAHAGIAN SAMA SAMA TIDUR. YANG BERGERAK ADALAH INDIVIDU DALAM UMNO.


ITU PUN BUKAN BAWAK CERITA PARTI TAPI BAWAK CERITA PERIBADI.


NAMPAKNYA MENTERI BESAR JE PULUN. UMNO PARIT BUNTAR MASING MASING PULUN NAK JADI CALON.


AKU RASA SEDIKIT PENGORBANAN DIPERLUKAN. SEDIKIT SAHAJA. PASTI PAS PARIT BUNTAR TERTIARAP SELEPAS INI. PASTI..
LANTAK KAU LAA LABUUUUU.....
BIARKAN Si LunCai TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.....

Saja aku senaraikan kat bawah ni sebahagian link berita dari web PAS Parit Buntar yang boleh dijadikan rujukan. Kot-kot ada yang nak percaya apa yang si Luncai ni tulis. Setakat tu ja yang aku rajin senaraikan. Nak banyak lagi boleh cari sendiri kat web
PAS Parit Buntar.
  1. Gunting rambut : PAS Parit Buntar hargai pelajar kembali ke sekolah
  2. Pelajar terima sumbangan masuk sekolah
  3. Pemuda PAS Parit Buntar terus prihatin kebajikan rakyat
  4. Permohonan dihalang, penduduk sepakat bina jalan sendiri
  5. Masyarakat India dibantu sambut perayaan
  6. Pemuda PAS Parit Buntar teruskan usaha ziarah kebajikan
  7. Program kebajikan di majlis Aidilfitri
  8. PAS rai guru Al-Quran sempena Aidilfitri
  9. Akitivis PAS Sungai Baru terima sumbangan kerusi roda
  10. Kerusi roda disumbang kepada warga emas
  11. PAS Parit Buntar rai 200 anak yatim
  12. 140 keluarga dapat sumbangan PAS Parit Buntar
  13. Enam anak yatim terima pakaian raya
  14. Pesakit dan kakitangan hospital Parit Buntar terima sumbangan
  15. Rayuan derma Tabung Bencana Alam
  16. Pemuda PAS Parit Buntar anjur jelajah kebajikan
  17. 100 pegawai masjid terima sumbangan
  18. PAS Parit Buntar baiki rumah penduduk
  19. PAS Parit Buntar bantu pesakit diabetis
  20. Masjid dan surau parlimen Parit Buntar terima sumbangan
PAS Parit Buntar memang tak buat pembangunan pasai kerja nak buat pembangunan tu kerja kerajaan bukan kerja parti, lagi pun PAS Parit Buntar mana ada duit, parti orang miskin. Tapi dalam takdak duit, PAS Parit Buntar masih mampu bantu golongan yang memerlukan walaupun sekadar ala kadar. PAS Parit Buntar cuma tolong sampaikan bantuan, duit orang derma PAS Parit Buntar tolong agihkan kepada yang patut.

Umno Parit Buntar buat apa?
Korban hari tu pun, lembu Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang bagi. Oh, lupa, Umno Taman Kerian pun ada jugak buat pesta bola baru-baru ni.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya banyak lagi perkara yang PAS Parit Buntar teringin nak buat. Tapi disebabkan kekurangan dana tak mampu nak buat.

Bagi yang berkemampuan dan teringin untuk menyumbang kepada tabung kenajikan PAS Parit Buntar boleh bank-in ke akaun

08022010048488
Bank Islam Malaysia Berhad
di atas nama
'Dana Kebajikan Parit Buntar'
Cenangau

Read more ...

Puak-puak Songkok Tiga Jengkal nak tunjuk hero ganggu ceramah Guan Eng

Guan Eng diganggu pemuda berbaju biru

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg
LABIS, 26 Jan. : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.

Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ.

Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.

Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap orang kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengepung kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.

Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.

Sewaktu Lim menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.

Dalam ucapannya juga, Lim - yang juga anak lelaki tokoh DAP Lim Kit Siang - membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa.

"Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong.

"Kita kena hormat prinsip dan keimanan orang lain, asalkan beliau tidak rasuah dan makan wang (rasuah), beliau orang baik," katanya sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".

Meneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.

"Kalau Cikgu Mala tak mahu salam, ini bukan isu, jadi (Chua Soi Lek) tarik baliklah...Adakah dia (Soi Lek) salam dengan Cikgu Mala, baru dia puas," sindir Lim.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi yang hadir - sekiranya calon PAS tidak bersalah dan tetap dengan prinsipnya tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim - supaya menyokong Pakatan Rakyat.

Ucapan Guan Eng selama kira-kira 15 minit itu, disambut dengan laungan beramai-ramai dari kumpulan berkenaan "Siapa tipu... Guan Eng".

Kira-kira jam 11.05 malam, kumpulan itu pun beredar.(Mkini)

Read more ...

PRK Tenang : Terserlah Umno jahil agama

PAS tak pernah tolak wanita tanding

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFXf24n_xE5p2Jql7jRVNoJBa1Metx-rwCZ5a2i1M0RbMeX92rInYSh06CFX0E3qUqMqr5oeQ-WdXJd8u4a2rbdI1YQMEodR_HSe1_nUh7t5EIc6L-6o1aIHetb-GOB-IhCE6F8hWxXfp-/s1600/nik-aziz34.jpgKOTA BHARU, 26 Jan. : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya.

Beliau berkata, mengikut sejarah parti itu, PAS pernah meletakkan calon wanita iaitu Khadijah Sidek pada pilihan raya umum 1950-an untuk bertanding bagi kerusi Kemaman, Terengganu.
“Seingat saya, PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita tidak boleh bertanding, (ini kerana) Khadijah Sidek pada 1950-an, iaitu ketika mula-mula PAS bertanding di Tanah Melayu, dia menang bagi kerusi Kemaman,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Pemain Pasukan Bola Sepak Kelantan Sempena Kejayaan Menjuarai Piala Malaysia 2010, di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS pilihan raya kecil DUN Tenang, Salahuddin Ayub, dilaporkan mengakui parti itu membuat tafsiran semula ayat al-Quran berhubung keputusan meletakkan calon wanita bertanding selepas membuat ketetapan tidak membenarkan calon wanita bertanding, sebelum ini.

Salahuddin juga dilaporkan tafsiran semula ayat al-Quran dan keputusan yang dibuat adalah mengikut kesesuaian dan peredaran masa demi kepentingan politik.

Selain itu, ketika diminta mengulas isu tidak bersalam ketika calon PAS, Normala Sudirman, menemui pengundi ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul.

Katanya, tidak menjadi masalah apabila seorang wanita itu masih mahu bersalaman dengan orang bukan muhrimnya, tetapi mestilah melapik tangan terlebih dulu.

“Lelaki dan wanita tidak dibenarkan berjabat salam, jika nak salam juga pakailah (sarung tangan atau berlapik).

“Kita di Kelantan, apabila orang bukan Islam (wanita) tahu keadaan ini, maka mereka tidak bersalam dengan saya. Oleh itu, saya berpendapat perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu,” katanya.

Read more ...

Rakyat Mesir turun ke jalan raya

Penduduk Mesir Sertai Protes ala Tunisia







KAHERAH,26 Jan. : Sekurang-kurangnya 15,000 penunjuk perasaan Mesir menyertai protes digelar ‘Hari Kebangkitan’ ala Tunisia, sebahagiannya membaling batu dan memanjat trak polis selain bertempur dengan anggota keselamatan di tengah ibu negara bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak menamatkan pemerintahan sejak 30 tahun lalu.

Anggota polis bertindak balas dengan melepaskan meriam air selain menggunakan cotar dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan melaungkan ‘Jatuhkan Mubarak’ selain menuntut pembasmian kemiskinan, rasuah, pengangguran dan salah laku polis.
Bantahan itu awalnya bermula dengan aman, protes terbesar di Mesir sejak bertahun-tahun lalu selepas anggota polis berhati-hati sejajar dengan strategi kerajaan mengelak imej agensi keselamatan terus tercemar kerana dibayangi tuduhan bertindak seperti samseng.

Ketika penunjuk perasaan membawa bendera Mesir dan Tunisia memenuhi dataran Tahrir, anggota keselamatan mengubah taktik dan bantahan bertukar menjadi ganas.

Perkembangan itu dianggap sesuai dengan sambutan ‘Hari Polis’ yang berlangsung semalam, kata pemerhati. Ada penunjuk perasaan menyerbu trak meriam air, membuka pintu pemandu dan mengarahkannya keluar.

Orang lain membaling batu dan mengheret penghadang besi manakala anggota keselamatan memukul pembantah dengan cotar kerana cuba merempuh hadangan.

Ada penunjuk perasaan terhuyung hayang terhidu gas pemedih mata, ada yang batuk dan menutup mata dengan skaf.

Ada juga yang berlumuran darah. Seorang lelaki pula pengsan. Anggota polis mengheret beberapa daripada pembantah ke luar kawasan itu selain memecahkan kaca mata seorang wartawan dan merampas kameranya.


Pada ketika tertentu, pembantah mendapat kelebihan apabila memaksa sebaris anggota polis pencegah rusuhan lari selepas dihujani batu.

Seorang penunjuk perasaan juga menaiki sebuah kereta bomba dan memandunya dari situ.

“Saya mahu anak saya yang berusia tiga tahun membesar secara bermaruah dan mencari kerja seperti juga presiden,” kata Eid Attallah, 50, yang bekerja sebagai pemandu. – AP

Read more ...

MCA menyanyi lagu lama yang diajar Umno

Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiRltI343ef3LWjRGPoTGfKhC87FvOhR8Nb8HX79CZ7Y66TOHiiu_oyJ-RA6EfighytWweUWOlrsvyGpNpTm4EBSbIQwed0RJrp009jS5jbTifMgFimSD2r_IxpVjQZw8GOMR4QX6GlgD6/s400/lim-guan-eng.jpgLABIS, 25 Jan. : Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calonnya Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki.

Menurut Lim, Umno dan MCA yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) akan terus memainkan isu-isu yang akan menyebabkan sokongan rakyat beralih kepada pengundi daripada Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP tidak mempergunakan antara satu sama lain.

“MCA akan dendangkan lagu dengan mengatakan kita adalah alat yang diperkudakan PAS kepada pengundi Cina.

“Tapi Umno pula akan kata PAS diperkudakan DAP kepada pengundi Melayu, saya nak tegaskan di sini PAS tidak perkudakan DAP, DAP tidak perkudakan PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak perkudakan sesiapa.

“Ada kata DAP dimelayukan kerana cakap bahasa Malaysia, kita rakyat Malaysia jadi kenapa tidak bercakap bahasa Malaysia. Lagipun bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara,” katanya.

Menurut Lim, Pakatan Rakyat akan menghadapi setiap serangan yang akan dilakukan BN dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

“Apa yang penting adalah kita memperjuangkan prinsip kebebasan, keadilan dan demokrasi untuk semua.

“Kita akan hadapi mereka dengan berlandaskan kebebasan, keadilan dan demokrasi,” katanya.

“Ia (salam) tidak perlu dibangkitkan dan Dr Chua tidak harus membuat serangan peribadi.

“Itu adalah pilihan Normala, kalau nak buat serangan peribadi kita pun boleh buat tapi kita tidak mahu.

“Saya harap Soi Lek faham, jangan nanti makan tuan,” katanya.

Read more ...