Monday, October 1, 2012

UMNO MEROYAN!!! Bila MB Selangor kedekut dan cermat

KLANG 01 OKT : Sikap “tidak memilih bulu” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meningkatkan rizab simpanan negeri dan mengutip kembali hutang syarikat Talam kepada Kerajaan Selangor yang bernilai RM392 juta.

Dalam memuji kepimpinan Abdul Khalid, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sikapnya yang cermat dan tegas telah meningkatkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri.

“Tan Sri ini kedekut dan cermat kena pada tempatnya. Tengoklah beliau berani memanggil semua tauke-tauke besar untuk meminta balik bayaran premium tanah yang dibagi percuma semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini.

“Kalau pemimpin Umno-BN mesti masuk kocek dulu, tapi beliau tidak,” katanya dihadapan kira-kira 1,000 penonton program Jelajah Merdeka Rakyat, di Bandar Putera, di sini, semalam.

Bulan lepas, syarikat audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) berkata usaha mengutip hutang Talam berjumlah RM 392 bilion kepada kerajaan negeri adalah satu keputusan komersial yang munasabah dan bijak.

Anwar juga berkata kes saman penduduk terhadap kerajaan negeri kerana tidak mendapat air percuma merupakan contoh Umno-BN memperbesarkan isu.

“Umno-BN ini cepat riuh, orang bagi air percuma nak sibuk apa, yang tidak dapat tidak ikut syarat,” katanya.

Hadir sama program tersebut, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu, Elizabeth Wong ; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dun, Haniza Mohamed Talha ; Ketua AMK negeri, Azmizam Zaman Huri ; Adun Meru, Dr Rani Othman ; Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

Read more ...

MAI TENGOK!!! Realiti hidup rakyat Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/BN


Inilah realiti kehidupan rata-rata rakyat Malaysia di bawah Kerajaan UMNOBN yang cukup gemar memberi dan menaikkan cukai ke atas rakyat, kemudian rakyat digula-gulakan melalui pembentangan budget akhir tahun....kemudian dicukainya pendapatan rakyat melalui aspek-aspek lain.  

Apa yang tinggal...untuk rakyat yang gaji ciput.   Nak bayar duit sekuriti pun......sampai nak bergaduh dan bermasam muka dengan Persatuan..

 
Rasa-rasanya depa kena mintak bantuan Pusat Zakat. 



Panglima7


Read more ...

NAJIB BACUL!!! Tak hadir dewan, berlindung belakang Rosmah?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg__XEDFxzZMFUKQQj5reQ5PiKYPw3NyRF3wI0l4kXZQoz-w9e0n4uRbahz-iJV9JWNCJbl-Cmez6aD2RnkB7c1v3i1zXeX2fQaX6mH7bh6_g-2hyphenhyphenzXguct7j-1QkYDRtcxljmmdwuo9_Q/s400/Najib+gigit+jari.jpgKUALA LUMPUR: Seperti dijangka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada dalam Dewan Rakyat ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tempat membahaskan Bajet 2013 pagi ini.

Anwar yang bangun membahaskan bajet itu hampir 90 minit pada sesi pagi ini hanya berdepan dengan celahan oleh pemimpin dan back-benchers BN lain.

Sepanjang membahaskan Bajet 2013 itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut melontar beberapa persoalan kepada kerajaan khususnya kepada Najib.

Bagaimanapun lontaran persoalan itu cuba dijawab oleh back-benchers BN dengan angka dari jabatan statistik.

Antara yang bangkit mencelah semasa Anwar membahaskan bajet itu adalah Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) serta Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

Anwar yang nyata kecewa dengan keadaan berlaku itu sempat membidasnya di hujung perbahasannya.

"Sebab itu dalam belanjawan, tradisinya bila kita hujah menteri kewangan (Najib) kena ada. Ini kita ajak debat tak berani, nak bahas di parlimen pun tak sanggup, kemudian suruh back-benchers sahaja pertahan.

"Dia tak pernah duduk dalam kabinet, dia tak tahu apa dasar. Dia hanya baca angka ikut jabatan statistik" katanya merujuk kepada back benchers.

Anwar akan menyambung perbahasannya selepas sesi rehat parlimen jam 2.30 petang ini.

Semalam, Anwar turut melontarkan cabaran kepada Najib agar hadir ke Dewan Rakyat hari ini ketika beliau membahaskan bajet.

“Saya cabar Najib hadir bagi mendengar ulasan saya mengenai Bajet 2013. Dia nak cakap (mencelah), saya bagi peluang untuk dia berhujah, barulah boleh jadi pemimpin.

"Ini huha huha depan geng dia, depan aku hang tak berani,” katanya ketika berucap di program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Medan semalam.

Beliau juga turut mencabar Presiden Umno itu untuk berdebat berkenaan ekonomi negara.

Read more ...

JUAL ASET NEGERI!!! Zambry Kadir kena bagi penjelasan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTg2uAJcxFqrKjEqc_Hv474Vhr7T6l-pIopZW9C_Pt89x5WDbH9QbHE8ouBctSYBBrCdyna33uQWNuYsClF1Yi9g4CoZoW2iFmque4p_OWl6UnwVUq86mks-xe2nBDXF-WvNAahmB6YVw/s400/za.DUN-PERAK-zambry.jpgIPOH: PAS Negeri Perak terkejut dikhabarkan bahawa beberapa aset penting negeri seperti Rumah Perak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang telah dijual.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Salman Saleh berkata, PAS ingin mendapatkan kepastian daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tentang perkara tersebut.

“Adakah benar rumah tersebut telah dijual kepada ‘orang’ Datuk Seri Zambry?,” soal beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak, dekat sini.


Menurutnya, persoalan juga timbul jika ianya benar, kenapa Kerajaan Negeri menjual aset Perak itu dan apakah rasionalnya.


“Adakah Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry menghadapi masalah kewangan untuk menampung kos pentadbiran negeri sehingga terpaksa menjual rumah tersebut?


“Mungkinkah kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat? ,” soal beliau.


Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menyoal, adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah yang baru bagi menggantikan rumah yang telah dijual itu.


Mengulas lanjut, beliau berkata, persoalan-persoalan ini menuntut penjelasan segera dari Zambry kerana ianya melibatkan maruah dan integriti kepimpinan kerajaan negeri.


Katanya, PAS Perak juga mahu penjelasan siapakah pembeli rumah tersebut dan apakah hubungannya dengan Zambry jika ianya telah dijual.


“Mengapakah tindakan untuk menjual Rumah Perak tersebut diambil dan apakah faktor sehingga memaksa penjualan rumah tersebut yang boleh dianggap amat bernilai dan berstrategik di Pulau Pinang," katanya.

Read more ...

Sunday, September 30, 2012

SPR BALACI UMNO!!! Warga asing beli kad pengenalan palsu boleh mengundi




Kenyataan Media
1 Oktober 2012

Warga Asing Beli Kad Pengenalan Palsu Diberi Peluang Mengundi - Ayuh Desak Bubar SPR Sebelum Parlimen Dibubar

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mendesak keras supaya SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum pilihanraya. SAMM sebelum ini telah membuat pendedahan kerjasama SPR dan JPN untuk menutup kerja kotor penipuan pilihanraya, hari ini mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakkan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.

Merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012, seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. 

Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah. 

Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini. 

Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen? Inikah hasil daripada program 6P yang cuba dilaksanakan secara terburu-buru oleh Jabatan Imigresen?

Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini. 

Keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh SPR. Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa?

Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.

Barisan Nasional sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihanraya yang juga beberapa kali ditangguh. Barisan Nasional kini ditolak oleh rakyat negara ini, maka idea memberikan kewarganegaraan segera kepada warga asing merupakan satu jalan singkat yang mengundang padah kepada seluruh rakyat negara ini. Banyak pendedahan telah dibuat dan pendedahan terbaru ini menjadi bukti kewujudan pemberian 'kewarganegaraan segera' sedang berleluasa.

SAMM sebagai peneraju anak muda bingkas sekali lagi menyeru kepada seluruh rakyat agar tidak berdiam diri ketika negara sedang dijual sehabisnya. Semua persoalan ini bukan sahaja wajib dijawab malah SPR yang gagal membersihkan senarai pengundi wajib dibubarkan segera sebelum parlimen dibubar. 

SAMM memanggil semua NGO dan individu yang cintakan demokrasi, cintakan negara ini harus menyertai gerakan membubarkan SPR dengan segala bentuk tekanan walaupun dengan melakukan satu lagi protes terbesar menuntut pilihanraya bersih dan adil - BERSIH 5.0. Selagi pilihanraya tidak bersih, selagi itulah wajarnya protes ini dengan pelbagai pendedahan yang tidak disangkal sebagai bukti.

"Perubahan itu harus didesak bukan ditunggu"


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
email: edyesdotcom@gmail.com

Read more ...

HUTANG 1MALAYSIA!!! Angkara Bajet 2013

Read more ...

ANGKARA SAMSENG BODOH!!! Kereta Naib Presiden PAS dirosakkan

Sebuah kereta yang dinaiki ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terkena perbuatan khianat sebentar tadi.

Difahamkan dua buah tayar kereta dirobek dan ditoreh manakala sebuah cermin kereta dipecahkan.


Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS mengetuai kira-kira 8,000 peserta yang membantah projek petrokimia RAPID di Sungai Rengit, Pengerang, Johor.


Turut hadir Pengerusi PKR negeri Chua Jui Meng, Pesuruhjaya PAS negeri Mahfodz Mohamad, YB Ketua Pembangkang DUN negeri yang juga ADUN Skudai Boo Cheng Hau, ahli parlimen Bakri Er Teck Hwa dan aktivis Pakatan Rakyat Hishamuddin Rais.

Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.
Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.
Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.
Kejadian yang disedari  sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramunia, Sungai Rengit.
Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik itu sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan kelihatan mengelupas.
Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.

Read more ...

UMNO MAKIN LEMBIK!!! Senator UMNO dah mengaku

Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.

Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar. 
 
"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?". Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain. 

"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang telah menyertai Umno lebih tiga tahun lalu. 
 
Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ini. 

"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama. 

"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya. 

Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata. 
 
"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya

Read more ...

Saturday, September 29, 2012

BAJET 2013!!! Sabah dan Sarawak dah tak penting, beberapa pemimpin kanan BN Sabah keluar parti minggu depan

http://zoommalaysia.net/wp-content/uploads/2009/05/sabah.jpg
SEBELUM ini dalam artikel yang lalu, ReJaM© ada memaklumkan bahawa mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah].

Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut
beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu.


“Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita,
Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang bersama kita,” kata Azmin.

Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk
pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan
membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN.

Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN.


ReJaM© "
Patutlah Bajet 2013 tiada peruntukan khusus untuk Malaysia Timur... " 


MiloSuam

Read more ...

BAJET 2013!!! Tunggu punya tunggu, graduan pendidikan kena tipu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsU4Ck7x7w1uETshPs3qh5MV17M17RbzOWyr6PJ3vWczkYECgk4tO31-Q7gik09GoHcqOEwJcggzJuSZcsSuAmpt22Lzv3MvEPw936go7rvZ_8RlCsugBCUdlr5nbUivLw72rPetySLt4/s1600/IMG.jpgSEMALAM ReJaM© berborak dengan salah seorang sahabat lama yang merupakan seorang graduan pendidikan namun sehingga kini belum mendapat tempat bekerja sebagai guru.

Nampaknya sahabat ReJaM© itu yang kini
bekerja membantu di kedai makan ibunya di Pahang benar-benar marah dengan pengumuman bajet 2013 yang diumumkan oleh Najib Razak kelmarin. 

Semua itu gara-gara sebelum ini Utusan Malaysia mengumumkan
kononnya akan ada berita gembira untuk 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur.

Rujuk laporan Utusan Malaysia di bawah ini.


Sahabat ReJaM© itu nampaknya
hampa dan kecewa. Punyalah tekun dia menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2013 di kaca televisyen sedari mula sehingga akhir, namun berita baik yang diharapkannya langsung tak muncul.  "Kalau tak ada berita baik janganlah cakap ada, menghampakan harapan orang, tak guna!" ujarnya sambil mencebikkan bibir.

Sahabat ReJaM© ini antara 10,000 graduan yang dimaksudkan di dalam laporan akhbar di atas.

 ReJaM© "Sabarlah, duduk rumah jelah tunggu orang pinang... " 


MiloSuam

Read more ...

BAJET 2013!!! Bagi RM 111 juta kepada Permata Rosmah, tarik RM 116 juta subsidi untuk rakyat


KUALA LUMPUR: Pas mempersoalkan kewajaran kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melupuskan subsidi harga gula RM116 juta, sedangkan dalam masa yang sama memberikan peruntukan sebanyak RM111 juta kepada Permata yang dinaungi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur.

“Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.


“Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja,” kata Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.


Menurut Idris, tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).


“Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen),” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah beliau, keputusan kerajaan menaikkan harga gula kononnya untuk menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun, dengan membandingkan harga gula di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina  merupakan alasan dangkal.


“Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara.


“Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol,” tegas Idris.




-sumber

Read more ...

VIDEO HARGA GULA NAIK!!! Selepas Bajet 2013, harga gula pasti naik kerana subsidi sudah ditarik


KUALA LUMPUR: Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes adalah alasan yang tidak munasabah.
  Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing manis berkurangan.

Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.

"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.

Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.

"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya.

Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.

Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.

"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. 
Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.

Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.

"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya.

Read more ...

BAJET 2013!!! Tidak berkesan jika PRU 13 tidak diumum segera



KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pengundi Malaysia sudah lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan insentif tunai dan lain-lain faedah pemberian “one off” untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang kata penganalisis politik apabila ditanya tentang kesan pembentangan Bajet 2013 semalam.

Pemerhati politik yang ditemuramah oleh The Malaysian Insider  keseluruhannya bersetuju bahawa RM251.6 bilion yang diumumkan semalam yang menjanjikan pemberian wang tunai dan potongan cukai tersebar di seluruh lembaga bertujuan untuk merayu kepada kumpulan-kumpulan demografi utama menjelang PRU ke-13, tetapi berkata pengundi telah menjadi semakin licik dan mampu menilai keuntungan peribadi jangka pendek terhadap kesan jangka panjang fiskal kepada ekonomi negara.

“Hanya dua perkataan untuk menggambarkan ia — bajet pilihan raya,” kata pensyarah sains politik Universiti Monash, Dr James Chin.

Beliau berkata perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak telah “menarik keluar semua sentimen pengundi terhadap mereka, untuk membiarkan mereka berfikir dua kali tentang mengundi pembangkang “dalam pilihan raya yang mesti akan diadakan pada April depan selepas mandat lima tahun yang BN menangi Mac 2008 tamat.

“Orang ramai akan membandingkan bajet Pakatan Rakyat dan juga akan melihat bagaimana pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini akan merangsang inflasi,” tambah beliau.

Pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan empat tahun lalu dalam selepas kemenangan dalam PRU 2008 telah berjanji untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dalam set cadangan Bajet alternatif hanya dua hari sebelum pentadbiran Najib mengumumkan cadangan rasmi untuk perbelanjaan dan cukai.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendapatan boleh guna akan meningkat melalui langkah pembaharuan fiskal seperti memotong cukai import bagi kereta buatan asing, pemansuhan tol dan pengecualian pinjaman pelajar, sebagai usaha PR untuk menggagalkan pengumuman Bajet Najib.

Anwar berkata kerajaan PR dapat membayar untuk langkah-langkah yang dicadangkan tidak melalui menaikkan cukai tetapi dengan mengurangkan ketirisan yang timbul akibat ketidakcekapan dan rasuah.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Arnold Puyok berkata, gula-gula yang diumumkan bagi golongan muda dan bujang “adalah satu petunjuk bahawa parti pemerintah bersedia untuk memenangi hati dan minda pengundi kali pertama dalam pilihan raya akan datang”.

Beliau berkata ia masih terlalu awal untuk memberitahu jika pemanis itu akan menyebabkan pilihan raya sengit itu akan memihak kepada BN.

“Orang-orang muda tidak mudah tertarik kepada insentif kewangan terutama apabila berkaitan dengan politik pilihan raya. Mereka mungkin menganggap gula-gula sebagai satu bentuk bantuan kerajaan. Akan tetapi, sama ada ini akan diterjemahkan sebagai undi masih belum dapat dilihat,” kata Dr Arnold

Penganalisis lain, Dr Faisal Hazis, percaya pengundi telah lebih bijak semenjak pilihan raya 2008.

“Pengundi sekarang ini lebih bijak, tidak lagi mudah untuk digula-gulakan seperti dulu,” kata ketua jabatan sains politik dan hubungan antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Pemberian tunai seperti BR1M ini tidak dapat menjanjikan sokongan kekal, sepertimana yang ditunjukkan dalam tinjauan Merdeka Center beberapa bulan dahulu dimana peratus sokongan terhadap Najib meningkat selepas pemberian BR1M tetapi menurun tidak beberapa lama selepas itu,” kata Dr Faisal.

Menurut pengumpul suara bebas Merdeka Center, perincian kelulusan peribadi PM susut empat peratus dalam kaji selidik yang terakhir Mei dari 69 per peratus kepada 65 peratus pada Februari, berikutan pertempuran ganas tahun lepas antara polis dan penunjuk perasaan dalam perhimpunan pada 28 April bagi menuntut daftar pemilih dibersihkan.

Herizal Hazri, timbalan wakil negara The Asia Foundation (TAF), sebuah NGO Amerika Syarikat yang berusaha untuk meningkatkan tadbir urus, undang-undang, dan isu-isu masyarakat sivil melalui dasar berkata bajet mesra rakyat yang menjurus ke arah membantu golongan berpendapatan rendah adalah satu langkah positif untuk meningkatkan pendapatan boleh guna dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, akan tetapi menekankan kekurangan kawalan untuk memantau perbelanjaan kerajaan.

“Apa yang membimbangkan dalam bajet ini adalah bahawa tidak ada perbincangan mengenai kaedah untuk memantau pelaksanaan belanjawan, sama ada ia benar-benar akan dijalankan secara telus atau sebaliknya,” katanya.

Prof Dr Jayum A Jawan pensyarah politik dan kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan sama dengan Dr Faisal, menerangkan pemberian ‘one-off’ sebagai aksi populis untuk memancing undi di kalangan kumpulan yang kurang politik sedar biasanya di kawasan luar bandar, terutamanya pedalaman kedua-dua negeri Malaysia timur merentasi Laut China Selatan yang masih sebahagian besarnya hutan.

“Peruntukan untuk pengangkutan, infrastruktur awam, nelayan, petani dan kepada orang-orang di Sabah dan Sarawak adalah sangat dialu-alukan. Satu perkara yang membimbangkan ialah bagaimana akan semua ini akan dihantar? Semua cadangan akan mencapai lelaki di kawasan pedalaman di sana?” tanya timbalan dekan pengajian siswazah di fakulti ekologi manusia, UPM.

“Pemberian ‘one-off’ adalah hanya sementara dan akan mempunyai kesan terhad pada sesetengah orang,” katanya.

Dr Jayum berkata beliau bimbang bajet itu terlalu tertumpu pada kos operasi dan mengingatkan bahawa kerajaan diperlukan untuk memastikan peningkatan tahap produktiviti di kalangan tenaga perkhidmatan awam untuk mengimbangi kos operasi yang terlalu tinggi.

Seperti Dr Jayum, Dr Chin dari Monash University itu adalah juga teragak-agak untuk mengatakan bahawa itu cadangan mesra rakyat untuk mengurangkan peningkatan kos hidup Najib yang diletakkan dalam Bajet 2013 akan mengakibatkan pengundi kembali memihak kepada BN di peti undi yang mana ia adalah perkara-perkara paling penting.

“Ujian muktamad bajet adalah reaksi pasaran saham pada hari Isnin, ia pasti akan naik dan juga akan memberi kesan  kepada tawaran permulaan awam (IPO) Astro. Ia semua sesuai untuk masuk.

“Jika beliau (Najib) tidak memanggil pilihan raya sekarang, beliau gila,” kata Dr Chin.Media Perak

Read more ...

SPR UMNO!!! 64,100 pengundi pos dimasukkan tanpa melalui prosedur


SHAH ALAM 29 September - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. 
 
“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,dimasukkan.“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12.

Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin


Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.


Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.


“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.


“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.


Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.


“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.


“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.


Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.


“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.


“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya
. ~kd

Read more ...

DEMO DI PERAK!!! Rakyat bantah pembalakan di Gunung Lang

Satu tunjuk perasaan aman telah diadakan di Pengkalan Hulu selepas sembahyang Jumaat semalam bagi membantah pembalakan di Gunung Lang. Tunjuk perasaan yang diadakan di Padang Perbandaran Pengkalan Hulu itu diadakan selepas penduduk hilang keyakinan dengan janji-janji kerajaan untuk membatalkan pembalakan di Gunung Lang yang bukan saja telah mencemarkan persekitaran malah mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.
Sejak pembalakan dijalankan, banyak kejadian gajah-gajah liar yang mengamuk dikawasan kampung sambil memusnahkan tanaman, ekoran pemusnahan habitat mereka.
Pembalakan diGunung Lang telah berjalan tidak berapa lama dahulu, tetapi atas bantahan penduduk, projek pembalakan itu dihentikan buat sementara. Walaubagaimanapun, ianya disambung semula baru-baru ini dan ini jelas melanggar janji-janji yang dibuat sebelum ini.
Untuk memahami perasaan penduduk-penduduk setempat, kami siarkan satu artikel yang ditulis oleh Tok Ku Wak untuk menjelaskan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku disana.
Oleh: Tok Ku Wak 

Gunung Lang terletak di kawasan Mukim Pengkalan Hulu berhampiran sebuah kampong- Kg Kuak Hulu. Kampung Kuak Hulu adalah sebuah kampung yang terletak dalam daerah kecil Pengkalan Hulu,dan daerah besarnya ialah Hulu Perak,lebih kurang 250 kilometer dari bandaraya Ipoh.
Yang uniknya kampung ini berhampiran dengan Negara jiran Thailand dan bersempadan dengan daerah Baling Kedah.Dengan ketinggian dari aras laut 380 meter,kampung ini agak sejuk dan udaranya sentiasa nyaman seperti berada di tanah tinggi Cameron Highland.
Kebanyakan penduduk kampung ini menjalankan aktiviti pertanian ,pekebun kecil getah dan ada juga yang bekerja di sektor awam atau swasta ,Dengan bentuk muka bumi yang agak kompleks dan bebukit bukau ia menjadikan kampung ini amat menarik dan cantik,tatkala waktu pagi pula sekitar kampung ini akan di selubungi kabus yang menambahkan lagi keheningan pagi hari,
Keadaan geografinya yang jauh dari hiruk pikuk kota,menjamin ketenangan pada siapa saja yang berkunjung ke kampung ini.Seperti berada dalam sebuah ‘WADI’ sejuk mata memandang apabila melihat keadaan kampung yang di kelilingi oleh kehijauan alam semula jadi yang merupakan anugerah yang tak ternilai dari maha pencipta.


Tapi… segala ini akan tinggal kenangan sekiranya pembalakan di kawasan hulu sungai kampung ini menjadi kenyataan,Bayangkanlah.. kampung yang permai ini bakal dirobek oleh jentera dan jentolak untuk aktiviti pembalakan sekali gus memusnahkan keindahan flora dan menggangu habitat fauna.Sudahlah masaalah gajah liar yang meganggu penduduk baru saja diselesaikan,


Gajah liar ini keluar dari habitat asal kerana aktiviti pembalakan telah memusnahkan segala tumbuh-tumbuhan yang menjadi makanan mereka,Apabila tempat yang menjadi sumber makanan gajah telah musnah,lantas gajah akan keluar ke pinggir kampung mencari makanan lalu memusnahkan tanaman penduduk kampung dan sekali gus mengancam nyawa penduduk .
Kenapa kah hal sedemikian terjadi…tak lain dan tak bukan ia berkait rapat dengan aktiviti pembalakan. Ini baru sedikit kesan nya terhadap penduduk kampung belum lagi termasuk dengan kejadian hakisan tanah, Tanah runtuh dan pencemaran air yang kerap berlaku ketika musim hujan,air sungai akan bertukar warna bila hujan turun. Tanah yang terhakis akan melalui kawasan sungai sedikit demi sedikit dan lama kelamaan sungai akan menjadi cetek,manusia pertama yang akan menerima kesan ini ialah penduduk yang mendiami kawasan hulu sungai tersebut.
Masih ingatkah lagi pada peristiwa yang telah meragut penduduk orang Asli di Pos Dipang..dimana banjir lumpur yang membawa saki baki cebisan kayu balak telah hanyut melanda perkampungan tersebut dan menyebabkan beberapa orang asli terkorban.Adakah kita ingin lihat pekara yang sedemikian berulang…?
Fikir-fikirkanlah ,muhasabah lah diri dan pertahankan sumber asli hutan simpan Gunung Lang habis-habisan,Jangan biarkan hutan yang menjadi warisan ini dicerobohi oleh tangan-tangan rakus manusia yang tamakkan harta dunia. Sesungguhnya rosaknya alam ini adalah dari tangan-tangan manusia sendiri .Media Perak

Read more ...