Friday, January 4, 2013

UMNO BERGOLAK!!! Ketua UMNO Bahagian didesak letak jawatan


UMNO BAHAGIAN PENGKALAN CHEPA BERGOLAK TERUK!!!!

Hari ini satu demo telah dikatakan didepan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa oleh beberapa ketua-ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Pengkalan Chepa mendesak agar Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa merangkap Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dali Hussin meletakkan jawatan segera.

Mereka sepakat menolak usaha untuk beliau dijadikan calon "DEMI MENYELAMATKAN UMNO BAHAGIAN PENGKALAN CHEPA".

Read more ...

NAJIB TIDAK MUNCUL!!! Kuku Muhyiddin sudah mula mencengkam

Wow, terkejut saya apabila melihat artikel yang diterbitkan oleh agensi berita rejim Barisan Nasional (BN), siapa lagi kalau bukan Bernama yang mengumumkan secara rasmi lawatan sehari timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin ke Perak esok.

Rasanya belum pernah dalam sejarah seorang timbalan perdana menteri mendapat liputan berita lebih-lebih lagi kenyataan media yang dikeluarkan pejabatnya sendiri.

Read more ...

BUKTI TERBARU!!! UMNO busuk perut bila terdesak, perut ayam jadi sandaran


KUALA LUMPUR 4 Jan: Cemas sejuta rakyat membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari (HKR 112) punca pihak tertentu melemparkan sisa sembelihan ayam di Dewan Dato’ Fauzi, Sekinchan Selangor pagi tadi.

“Ini pasti kerja orang yang takut menjelangnya hari kebangkitan rakyat. Sedikitpun kita tak lemah,” kata Anggota Jawatankuasa HKR 112, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sambil menyifatkan ia tindakan panik pihak terdesak.

Read more ...

Thursday, January 3, 2013

PROJEK ENTAH DI MANA?!!! Ketua Wanita UMNO Selangor sudah dibayar RM130 Juta


Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah mungkin sudah selesai dalam kes saman undang-undang beliau dan menjual tanah yang menjadi rebutan kepada Boustead Holdings Bhd (BHB), akan tetapi persoalan kekal sama ada firma ketua Wanita Umno Selangor itu sudah menyiapkan bangunan pendidikan pertahanan bernilai RM100 juta itu kepada kerajaan.

Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 tetapi lokasi sebenar bangunan masih kekal misteri, dengan titik di atas peta yang menunjukkan tempat letak kereta berhampiran Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 1, Putrajaya.

Read more ...

INILAH JADINYA!!! Bila jutawan Jackpot jadi cybertrooper kempen untuk UMNO..


Di bawah ini adalah posting terbaru seorang jutawan Jackpot bergelar Dato’ yang telah mempertikaikan manifesto Pakatan Rakyat yang dikeluarkan PAS kawasan Larut di laman fb nya


Silap dia,kalau ye pun nak jadi cybertropper,bukalah akaun lain yang tdk mendedahkan identiti sebenar..
 
Tambah2 pulak posting tersebut dibuat dalam group fb yg di dalamnya terdapat banyak penyokong2 PR yang tau tentang latar belakangnya.
 

Read more ...

PAPA GOMO PUNYA ANGKARA!!! Zahid Hamidi kena Sapina, mana mau lari....

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini.

Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo.

"Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily.

Read more ...

UMNO BEDEBAH!!! Duit pampasan buruh paksa Jepun sebanyak RM207billion pun disapu



KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,


"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

Read more ...

DAH TAK LAKU!!! Utusan diedar secara percuma di Kedah


JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak?

Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan.

Lebih lucu, difahamkan barangkali untuk terus menyokong "survival" Utusan Malaysia, ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai.

Read more ...

DEDAH!!! Deepak serah dokumen kepada PKR melalui orang ketiga


Semalam Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah baca SINI 

Hari ini Rafizi  menjawap dakwaan Deepak tentang  dokumen tersebut :

Deepak Menyerahkan Dokumen Kepada Orang Ketiga, Pihak Berkuasa Wajar Siasat
Saya sedia maklum reaksi Deepak Jaikishan mengenai dokumen-dokumen yang membabitkan syarikat-syarikat beliau yang kini didedahkan kepada umum.
 
Saya ingin mengesahkan beberapa perkara:

1. Saudara Deepak memang menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN;

Read more ...

Wednesday, January 2, 2013

UMNO MAKIN RESAH!!! 30 anak muda Telok Bakong sertai PKR

Pada 27 Disember lalu berlangsung satu Ceramah umum di Kg Telok bakong.Ceramah ini adalah bertujuan sebagai pengulungan dan kesimpulan kepada Simulasi Pilihanraya yang di adakan di Kg Tua Batu 16 pada 25 Dis yang lalu.

Turut memberikan ucapan ialah Ustaz Zulkifly Ibrahim dan Ustaz Ismi (YDP Pas Parit).Turut hadir dan memberikan ucapan ialah Tuan Haji Usalli Alias Ketua Cabang Parit.

Didalam ucapannya beliau telah mengistiharkan penubuhan Ranting Kg Paloh (Telok Bakong Hilir).

Beliau telah menerima borang keahlian seramai 30 orang ahli baru tersebut dari wakil penduduk, Encik Mohd Zulkarnain Mohd Noor.

Read more ...

BN MENANG!!! Hospital dan klinik kerajaan tiada ubat percuma

PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

Read more ...

BERLAGAK KEBAL!!! Bekas KSU dicekup bersama 36 GRO

Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

(Gambar) Pengunjung disko nekad terjun elak dicekup ketika diserbuan.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

Read more ...

Tuesday, January 1, 2013

CINCIN ROSMAH!!! Dah terbongkar, salinan invois sahkan Deepak yang belikan

PETALING JAYA 2 Januari: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti pemindahan wang oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada dua syarikat barangan kemas mewah di Hong Kong berjumlah kira-kira RM13 juta, dikatakan untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ganjaran bagi satu urusniaga tanah.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd.

Read more ...

UMNO SAPU KELILING!!! Projek jalan termahal T’ganu dianugerah kepada syarikat milik Ketua Pemuda UMNO Negeri

Jingga 13 hari ini (semalam) tampil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu bagi tujuan untuk membuat laporan rasmi bahawa wujud gejala salahguna kuasa dan aktiviti rasuah berkaitan dengan Skandal Pembinaan Jalanraya dari Gemuroh ke Kg. Banggol Tuan Muda berjarak 7.6KM berharga RM226 juta.

Laporan SPRM ini dibuat berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Terengganu Tahun 2011 di muka surat 37 di bawah tajuk Agensi Pemohon Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran.

Read more ...

TAK CUKUP DENGAN TV!!! Dalam gerabak KTM Komuter pun , Umno / BN berkempen

KUALA LUMPUR 2 Januari: Iklan ‘Sayangi BN’ dalam gerabak KTM Komuter bukti ketakutan Umno dan Perdana Menteri yang terdesak meraih simpati rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Haniza Talha.

Beliau mengulas pemasangan video iklan tiga minit bermula Sabtu lalu memaparkan pertemuan Datuk Seri Najib Razak bersama rakyat.

“Saya dapat maklumat iklan itu dimainkan pada waktu puncak, iaitu ketika orang ramai bersesak-sesak menaiki komuter.

Read more ...