Sunday, December 12, 2010

Soi Lek alih isu sebab tak tahan dengan Umno

Label PKR Lemah, Soi Lek Guna Taktik Murahan























SHAH ALAM, 12 Dis. : Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek memilih taktik politik murahan apabila cuba mengalihkan perhatian rakyat terutamanya kaum Cina terhadap masalah dalaman partinya dan juga pertelingkahan dengan Umno dengan mendakwa PKR semakin kehilangan sokongan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata Presiden MCA itu juga sebenarnya menghadapi masalah ketidakyakinan untuk menempatkan semula MCA dalam perhatian dan sokongan pengundi terutamanya kaum Cina.

"Pandangan untuk mengalih perhatian ekoran daripada pertembungan di antara Chua Soi Lek dengan pemimpin Umno mengenai ucapannya semasa konvensyen Barisan Nasional.

"Komen Soi Lek juga menggambarkan ketidakyakinan pemimpin MCA itu dalam mendapatkan kembali sokongan komuniti Cina terhadap Pakatan Rakyat," ujar Ahli Parlimen Machang itu.

Justeru katanya, Chua dalam keadaan terdesak dengan cuba mengalihkan perhatian kelemahan beliau selaku Presiden MCA dengan memanipulasikan keputusan pemilihan kepimpinan PKR bulan lalu sebagai tanda kononnya PKR kini mula kehilangan sokongan rakyat di negara ini.

Menurut Saifuddin lagi, adalah tidak benar dakwaan Soi Lek bahawa pemilihan kepimpinan PKR dicemari dengan penipuan dan tidak mengikut peraturan, sebaliknya jumlah aduan terhadap sebarang kesilapan ketika proses pengundian pemilihan PKR adalah kecil.

"Apa-apa aduan yang belum selesai sekarang sedang diteliti oleh parti dan ini akan mengambil sedikit masa sahaja lagi memandangkan kes-kes yang tinggal sangat kecil bilangannya dan itu tidak sama sekali menjejas dan menggugat kekuatan PKR," kata Saifuddin.

Chua, semalam mendakwa sokongan rakyat kepada PKR mula merosot disebabkan hilang keyakinan ekoran ahlinya dikatakan tidak berpuashati dengan sistem demokrasi pemilihan kempimpinan PKR.

No comments: