Sunday, December 12, 2010

Umno BN takut kemaraan rakyat

http://dppkelantan.pas.org.my/v2/images/stories/abdlatif.jpg
KOTA BHARU, 13 Dis. : Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Perdana Menteri bahawa rakyat tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang hanya bijak menabur janji manis kerana Barisan Nasional takutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan jelas menunjukkan Kerajaan Pusat bimbang dengan kemaraan PR yang ingin mengambil alih tampuk kerajaan.

“Faktor kedua pula, PM tiada bukti pembangkang hanya bijak menabur janji-janji manis kepada rakyat kerana PR tidak pernah lagi berpeluang memerintah negara.

“Oleh itu rakyat perlu beri peluang sekali kepada PR untuk perintah negara barulah boleh lihat sejauh mana kemampuan kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan PM pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pekan kelmarin supaya rakyat tidak menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang hanya bijak menabur janji-janji manis.

Pembangkang dikatakan tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini kerana tidak mempunyai ideologi bersama dan pegangan kesepakatan politik terlalu longgar.

Abdul Latiff berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri mengakui Kelantan tiada tangkapan atau dakwaan rasuah membabitkan kakitangan awam sepanjang 20 tahun ini.

Ini katanya, membuktikan kerajaan pimpinan PAS dibawah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mampu mentadbir negeri dengan telus.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha menunaikan setiap janji yang ditabur kepada rakyat selama ini.

“Biarlah rakyat sendiri yang menilai siapa yang boleh menjadi pemimpin mereka kerana rakyat sendiri sudah nampak harga minyak naik, keistimewaan Melayu terhakis dan sebagainya hasil kepimpinan BN selama ini.

“BN bimbang suasana kebangkitan pembangkang sekarang jadi mereka akan serang dan lagakan PAS, DAP, Keadilan habis-habisan,” katanya.SH

No comments: