Sunday, December 12, 2010

Tapak Umno kayakan kroni

Kementerian Pertahanan: Tapak Mencair Dana Awam














SHAH ALAM, 12 Dis. : Kementerian Pertahanan dijadikan tapak mencairkan dana awam bagi tujuan kepentingan individu-individu politik tertentu, ujar Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Justeru, peranan tenaga pakar ketenteraan dianak-tirikan walaupun negara sentiasa mencipta kelompok pakar baru menerusi institut pertahanan di seluruh negara.

Badrul Hisham yang dihubungi Tv Selangor menjelaskan kelibat kronisme yang kuat dalam sistem pemerintahan kerajaan Umno-Barisan Nasional memberi kesan ketidakseimbangan struktur pentadbiran malah turut menggadaikan dana awam untuk berkongsi kekayaan sesama sendiri.

Ujarnya lagi, suntikan perbelanjaan melampau sektor pertahanan menerusi pengumuman Belanjawan 2010 memperlihatkan keghairahan kementerian mengaut
keuntungan.

"Sama juga perbelanjaan apa pun termasuk pertahanan yang diselindungi disebalik keselamatan kononnnya, sudah tentu ini melibatkan kronisme yang tinggi dan orang tengah sistem 'mark up', hanya untuk mencairkan dana awam dan mengembalikan semula dana ini sebagai dana politik kepada Umno dan Barisan Nasional khususnya bila pilihanraya semakin hampir," jelas beliau.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Pengarah SUARAM, Kua Kia Soong dalam bukunya Questioning Arms Spending in Malaysia'.

Buku ini mendedahkan kerajaan Barisan Nasional(BN) memang jauh dari ketelusan dalam pembelian senjata tersebut. Daripada mengeluarkan tawaran yang kompetitif untuk kontrak pembeliannya, kerajaan sebaliknya, melakukannya melalui perundingan swasta kerana pertimbangan keselamatan.

"Kontrak sering diberikan kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan pemimpin politik. Pegawai yang meluluskannya, atas alasan yang jelas, meluluskan projek yang dipohon oleh saudara mara atau rakan-rakan pemimpin politik," katanya.

Justeru, Badrul turut mempersoalkan jaminan orang tengah yang dilantik kerajaan tidak mendedahkan maklumat berkaitan pertahanan yang boleh mengundang bahaya kepada negara.

Badrul menyarankan agar tenaga pakar tempatan diberi kepercayaan menentukan isu keselamatan negara disamping menyingkirkan khidmat orang tengah mengaut keuntungan atas angin.

"Kita ada banyak pakar-pakar keselamatan yang bekerja sepenuh masa mencurah kesetiaan kepada negara tetapi malangnya bila hendak beli pistol cari orang tengah, bincang persoalan konsultan dan sebagainya.

"Bila hendak beli senjata api, kereta kebal, semua pakai konsultan. Adakah angkatan tentera kita tidak cukup pakar memikirkan keselamatan negara. Ini satu penghinaan terhadap Kementerian Pertahanan mahupun anggota tentera yang cukup dengan kepakaran itu," katanya lagi.

Kua juga menulis berkenaan perbelanjaan pertahanan melonjak selepas Perdana Menteri Najib Razak - yang dianggap sebagai 'kuasa penggerak' di sebalik program pemodenan ketenteraan Malaysia melalui 'Fokus dalam Polisi Luar Negara'

No comments: