Sunday, December 12, 2010

Tumbangkan BN matlamat utama

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHoPAgXkKIVQIj7KZUITCbiE9y6XHcVJZxtq0-caTEllinYvZBXmSwdzGvpGMuEuTgaGGzzNJypYeSXzhktFkFzDpbsR0x1LniK9bI7E0hLi66XBSZp7Byk-LEaRpy187l_aWPEtckBXn0/s400/Dato+Mahfuz+Omar.jpg

KOTA BHARU, 13 Dis. :
PAS mengutamakan agenda untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan tidak melulu untuk membincangkan hal pentadbiran pemerintahan negara buat masa ini, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.


Bagi tujuan itu, beliau berkata, pihaknya sedaya upaya menggerakkan ahli dan rakyat untuk menjadikan usaha menjatuhkan UMNO dan BN sebagai kewajipan serta fardu ain pada pilihan raya umum akan datang.

”Kita sepakat untuk menjatuhkan UMNO dan BN, kita tidak fikir soal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri... fikir untuk menggerakkan pimpinan, ahli, rakyat menjadikan ia suatu kewajipan, fardu ain.

”Hasrat kita yang pertama ialah untuk menjatuhkan BN, kemudian kita fikir lagu mana nak buat... matlamat pertama nikah dulu, kahwin dulu, kemudian baru fikir apa (nak buat),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas konvensyen pakatan pembangkang di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 16 Disember ini, yang dikatakan tidak akan menyentuh isu penubuhan negara Islam diperjuangkan PAS seperti yang dinyatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan berkata, tidak ada keperluan untuk pakatan pembangkang membincangkan isu itu kerana ia bukan faktor utama konvensyen berkenaan dan bukan isu yang menjadi agenda utama pembangkang.

Mahfuz berkata, beliau yakin rakyat memahami keadaan politik semasa walaupun terdapat pelbagai tohmahan yang dibuat terhadap Pakatan Rakyat (PR), termasuk isu Penasihat DAP yang dikatakan dilantik sebagai timbalan perdana menteri sekiranya dapat menguasai Putrajaya.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini kurang sihat, Mahfuz berkata, mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada mengalami keadaan demikian.

“Saya rasa itu perkara biasa, masalah manusia, contohnya macam Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) pun pernah demam, ia lumrah kesihatan manusia, bukan semata-mata orang tua sebab orang muda pun (ada) sakit juga,” katanya.SH

No comments: