Sunday, January 23, 2011

Pengerusi GAPS dapat tugas baru di Badan Perhubungan Umno Selangor

SU UMNO Kapar letak jawatan

http://2.bp.blogspot.com/_0wpX-mnAEng/TPv2nr1KncI/AAAAAAAABf8/xDa-eG-3GwA/s1600/hamidzun.jpgKAPAR, 24 Jan. : Setiausaha UMNO Bahagian Kapar, Hamidzun Khairuddin mengesahkan melepaskan jawatan tersebut berkuatkuasa serta-merta selepas Mesyuarat Penuh Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian itu, 18 Januari lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) berkata, peletakan jawatan itu membolehkannya memberi perhatian penuh terhadap tugas baru di Badan Perhubungan UMNO Negeri dan GAPS secara sepenuh masa.

“Walaupun begitu, saya akan tetap meneruskan bakti dan khidmat kepada masyarakat dan negara demi kesejahteraan semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas siapa pengganti jawatan tersebut selepas ini, Hamidzun berkata, terpulang kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar Datuk Abdul Rahman bagi memilih siapa yang layak.

“Apa yang penting Setiausaha baru boleh melaksanakan tugas dengan baik dan merangka strategi baru.

“Bagi saya tapaknya sudah disediakan, cuma tinggal bagaimana caranya dia mampu memanfaatkan peluang yang sudah tersedia. Itulah cabaran buat bakal seorang Setiausaha UMNO Bahagian Kapar yang baru,” katanya.

2 comments:

pipih melayang said...

Pengundi mahukan calun muka baru.Tapi UMNO nak letak mana Ketua & AJK Bhg. yg menang undi hanya dikalangan orang UMNO di pemilihan Bhg.masing masing.Ketua & Pengikut kuat UMNO ini lah org benci dgn perangai yg tak berubah sombong dgn jawatan '0'UMNO itu.Maka diharap Najib pilih dikalangan NGO atau ahli yg berpotensi.Lupakan yg bangga dgn Jawatan UMNOnya kerana mereka akan bekerja hanya untuk kroninya.