Sunday, January 23, 2011

Tukar mahkamah kerja siapa?

Kerajaan Kelantan bantah tukar mahkamah

http://1.bp.blogspot.com/_J6a8xWUYEVI/ShoUyKHQZHI/AAAAAAAAFW0/WHpmEBYQyiE/s320/husam.jpgKOTA BHARU, 24 Jan. : Kerajaan Kelantan kesal terhadap keputusan pihak tertentu yang memindahkan kes tuntutan royalti minyak dari mahkamah perdagangan ke mahkamah sivil.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Negeri, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah memfailkan permohonan untuk menukarkan kes itu, malah difahamkan tidak juga dilakukan pihak Petronas.

“Adalah menghairankan kes ini dipindah kebahagiaan sivil tanpa permohonan pihak yang terlibat dan kami berasa sangsi dengan tindakan ini,” katanya semalam.

Pada 30 Ogos lalu, Kerajaan Negeri memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara dengan mendakwa Petronas melanggar perjanjian selain menuntut pembayaran perjanjian petroleum dilaksanakan.

Husam berkata, pendengaran permohonan Kerajaan Pusat untuk mencelah dan memohon menjadi defendan kedua kes ini yang dijadualkan 24 Januari ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri membantah percubaan Kerajaan Pusat campur tangan dalam kes ini memandangkan kes tersebut hanya melibatkan Petronas berasaskan perjanjian pada 1975.

“Ia mungkin akan mendorong Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang lain bagi melindungi hak rakyat Kelantan yang dinafikan,” katanya.
SH

No comments: