Tuesday, February 8, 2011

'Hari Sedih' bagi anggota NEAC

'Hari Sedih' Apabila Isa Samad Dilantik Pengerusi FELDA- Ahli NEAC


KUALA LUMPUR 8 Feb.: Perlantikan bekas Menteri Besar Negeri Sembailan Tan Sri Mohd Isa Samad adalah hari yang sedih bagi anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof.

Dalam nada berterus terang beliau berkata ini berdasarkan rekodnya yang terpalit dengan rasuah serta mencetuskan kebimbangan pasaran saham.

Kemuraman pasaran saham yang menjadi tidak menentu dengan perlantikan Isa juga dipersetujui oleh ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi FELDA, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah," kata Tengku Zafrul.

Bagaimanapun Tengku Zafrul berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Kedua-dua ahli ekonomi ini dipetik berkata demikian di forum anjuran badan pemikir, Ideas di sini hari ini.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

Sebelum ini Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) sangat dukacita dengan pengumuman pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Alasan kononnya Tan Sri Isa mempunyai kemampuan dan perkhidmatan yang efisien terlalu longgar dan dangkal berasaskan latar belakang beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Sabitan rasuah lima daripada sembilan pertuduhan politik wang ketika bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti bulan September 2004 masih diingati rakyat negara ini kerana liputan meluas mengenainya.

Beliau yang digantung keahliannya selama 6 tahun adalah bukti jelas pembabitannya dalam amalan rasuah yang sangat menjijikkan.

"Bukan itu sahaja; penduduk Negeri Sembilan pun tahu betapa korupnya beliau ketika menjadi Menteri Besar selama 22 tahun. Beliau melepaskan jawatan tersebut dengan isu ternakan babi di Bukit Pelandok yang memaparkan wajah sebenar siapa beliau," dakwa Mazlan Aliman.

No comments: