Saturday, February 5, 2011

PR akan gempur Sarawak habis-habisan

Anak Muda Sarawak Siap Sedia Gempur Pastikan Kemenangan PR


PETRAJAYA 6 Feb. : Anak muda Sarawak bersiap sedia untuk menggempur pada pilihan raya negeri itu dan memastikan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibolosi ADUN-ADUN pembangkang, jika pun tidak berjaya untuk merampas secara keseluruhannya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, pembangkang akan menjadi mata dan telinga rakyat untuk semak dan imbang apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional Sarawak, agar harta rakyat tidak akan dirompak lagi.

" Tuan-tuan dan puan-puan kena sedar bahawa parti Keadilan Rakyat akan memastikan Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai calon-calon kita dari pembangkang untuk memastikan segala polisi yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional Sarawak dibantah dan disanggah di kala ia menzalimi rakyat," katanya kepada kira-kira 1,000 hadirin di Taman Sukma,malam tadi.

Malah katanya, Pakatan Rakyat akan memastikan BN bertemu buku dan ruas apabila gagasan itu dalam permuafakatannya bakal menurunkan calon yang berkaliber sama ada dari PAS, PKR, DAP mahupun Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang telah bergabung di bawah Pakatan Rakyat.

" Kali ini kita akan gempur habis-habisan dengan Barisan Nasional di mana kita (Pakatan Rakyat) telah sepakat, kalau Taib Mahmud bubar DUN, kita akan lawan satu lawan satu dengan Barisan Nasional," tambahnya lagi.

Sebagai barisan pelapis masa akan datang, Nazib memberikan jaminan rakyat Sarawak bakal menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

" Kita hendak pastikan segala perkara yang melibatkan pembohongan di Dewan Undangan Negeri sampai ke pengetahuan rakyat dari atas hingga ke bawah, kita hendak pastikan pemimpin-pemimpin kita adalah pemimpin yang bersih. Kita hendak pastikan keadaan di Sarawak tidak diselubungi rasuah, salah guna kuasa, kecurian dan rompakan harta rakyat Sarawak," tambahnya lagi.

Ujar beliau, era penjajahan Taib Mahmud sudah tamat. Statistik hampir 70 peratus rakyat di kawasan pedalaman negeri itu yang tidak menikmati bekalan air dan elektrik akan berubah di bawah Pakatan Rakyat.

Tiada lagi ceritera tentang rundingan terus tender-tender besar sehingga mengakibatkan wang rakyat sebanyak RM70 juta lesap entah ke mana seperti yang berlalu sewaktu pembinaan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Maka dengan itu katanya, beliau menyeru seluruh rakyat Sarawak, segera melakukan perubahan pada pilihan raya negeri itu yang akan diadakan tidak lama lagi.

No comments: