Tuesday, March 22, 2011

Jangan harap Peguam Negara nak ambil tindakan

Tindakan Harus Diambil Ke Atas Isteri Khir



SHAH ALAM 22 MAC : Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) menggesa Peguam Negara untuk mengambil tindakan ke atas isteri bekas menteri besar Selangor, Zaharah Kechik.

Menurut Teng Chang Kim, Zaharah tidak menghadiri sidang Selcat apabila beliau dipanggil sebagai saksi.

"Dalam sidang awam pendengaran Selcat yang pertama, di mana ada saksi awam yang telah pun mengingkari perintah Selcat untuk hadir iaitu isteri kepada bekas MB Selangor,"katanya.

Tambah beliau lagi, memandangkan penubuhan jawatankuasa ini telah diperakui oleh mahkamah, maka tindakan terhadap Zaharah perlu diambil demi memastikan
undang-undang terus dipelihara.

"Tetapi hingga hari ini belum ada tindakan pendakwaan yang telah dibuat terhadap beliau. Dengan kedudukan enakmen penghinaan dewan yang telah pun dibenarkan oleh mahkamah saya berharap pihak peguam negara akan ambil tindakan segera untuk menegakkan undang-undang yang telah pun diluluskan oleh dewan dan disahkan mahkamah,"jelasnya.

Zaharah adalah Bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) antara 11 saksi utama yang dipanggil pada sesi Selcat pada Mac 2009.

Turut dipanggil sebagai saksi pada sesi pendengaran awam yang akan berlangsung sehingga 31 Mac itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan sehingga mencecah RM1 juta sejak penubuhannya pada 1985.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Zaharah, yang juga isteri Mohamad Khir, dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

1 comment:

Anonymous said...

GUA PASTI AG AMIK TINDKAN JIKA ESOK ATAU LUSA NYA DIA DAH NAK BERHENTI KERANA DAH JEMU NAK DAKWA/DAKWI PENYOKONG PR ATAU DIA NAK BERHIJRAH KE SEKOLAH PONDOK - NAK BERTAUBAT.. JGN HRP LE.... OH MALAYSIA TANAHAIR KU... PUNYA LE 'DOUBLE STANDARD'