Tuesday, March 22, 2011

Keputusan Mahkamah Tinggi memang dijangka , tekanan politik terlalu kuat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWhz6WSZoNrU_VuIFRP90eZCCM7kxpH-WhQphubwmM-LtooKYzEgIPZqIcLFknIhcGtd_XbPDt_qwt3H2-hpyBSQMY3pqLyJ2r2lZVX7JjtUkdRkb6xCDTakdOKWDx7k913O1frm1T4fqN/s1600/mahkamah_kl.jpgKUALA LUMPUR 23 MAC : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan terbaru Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menerima pakai tiga barangan sebagai bahan bukti kes Fitnah 2 sebagai tindakan terdesak dan berada di bawah tekanan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata demikian mengulas keputusan hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah yang mengubah keputusan perbicaraan dalam perbicaran sebelum ini bagi membenarkan tiga bahan tersebut, yang diperoleh secara tipu helah dijadikan bukti di mahkamah.

“Saya juga faham bahawa tekanan dalam kes ini terutama keputusan awal hakim daripada Perdana Menteri dan kabinet itu dibuat secara terbuka.
”Jadi tentunya keputusan hari ini tidak mengejutkan,” ujarnya mengulas keputusan berkenaan.

“Bagi kita, ia tidak selaras dengan hukum dan undang-undang tetapi saya bincang dengan peguam, kita akan hadapi dan kita akan lakukan sebaiknya.

Malah, Anwar turut mempersoalkan tindakan hakim Zabidin menukar keputusan itu dalam masa yang singkat.

“Cara hakim merubah keputusan dalam masa terlalu singkat atas alasan teknikal itu juga belum pernah berlaku tetapi dalam kes Anwar ini banyak yang belum pernah berlaku, berlaku,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan perbicaraan dalam perbicaran sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNAnya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

No comments: