Tuesday, March 22, 2011

Jika tidak dedahkan , Umno memang pembohong

Fauzi cabar dedah ahli PKR lompat

http://files.myopera.com/marhaen/blog/poster_pru_hairan.jpgKUANTAN- Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman mencabar UMNO supaya mendedahkan nama 300 ahli parti itu di cabang Indera Mahkota yang didakwa menyertai parti berkenaan kelmarin.

"Jika mereka tak dedahkan, saya anggap UMNO pembohong," katanya.

Dalam pada itu, kata Fauzi, UMNO juga telah menerima pembohong jika benar ada ahli PKR yang berpaling tadah.

Ditanya sama ada tindakan ahli melompat parti itu ada kaitan dengan desas-desus ahli PKR Indera Mahkota tidak boleh menerima kepimpinannya, beliau bertegas:"Saya tidak gentar!"

Setahun lalu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail bertindak meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang kerana kecewa dengan kepimpinan Fauzi.:

Azan adalah Ketua PKR Cabang Indera Mahkota sebelum dilantik mengetuai PKR Terengganu awal tahun ini.

Berikutan pelantikan itu, jawatan Azan sebagai ketua cabang Indera Mahkota dipangku, Ibrahim Sidek, antara mengisytiharkan keluar parti kelmarin.

Dengan nada sinis, Fauzi berkata, beliau bersimpati terhadap ahli UMNO yang ikhlas berjuang untuk parti itu namun tidak mendapat perhatian sebaliknya yang dihargai adalah ahli parti lawan yang berpaling tadah.

"Kepada orang seperti itu, saya ucap selamat 'berjuang'," katanya.

"Mereka boleh bohong kepada saya, kepada orang ramai tetapi bukan kepada Tuhan," katanya lagi.

Kelmarin, seramai 300 ahli PKR dilaporkan keluar parti dan menyertai UMNO diketua Ibrahim, Turut serta, Naib Ketua Wanita PKR negeri, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR negeri, Fadilah Abd Wahab.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof.SH

No comments: