Tuesday, March 22, 2011

Wifi untuk kawasan BN

P. Pinang tidak pinggir kawasan BN: Guan Eng

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHAfUyDZA7pnwac5ZssnUA7ZsYSJHOI8h0OxTZeUzsTqOpnj0mv_K9b6yGXixYlTI5BhDIomtpPvfrTmrBdDd6r2fV41sbpt4K-IgRmncP4R9lYI_2Mrt7RYOqF6ixhHyUm3w1R4RGqsk/s1600/wifi-logo1.gifKUALA LUMPUR - Kerajaan Pulau Pinang menafikan pinggirkan kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di kawasan Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Nibong Tebal dengan mengecualikan mereka menerima liputan Internet tanpa wayar (wifi) percuma.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pemasangan wifi di 750 kawasan itu dilakukan secara percuma oleh syarikat telekomunikasi dan tidak membabitkan Kerajaan Negeri.

Katanya, syarikat itu memberi keutamaan kepada tempat yang menjadi tumpuan ramai. Syarikat berkenaan mendakwa mendapat keuntungan melalui iklan dan Kerajaan Negeri tidak perlu bayar.

Oleh sebab itu, kata Guan Eng, Kerajaan Negeri tidak ada hak tentukan kawasan mana perlu dipasang.

Kawasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP, turut tidak dipasang.

“Kerajaan Negeri juga mengambil langkah menambah kemudahan tersebut di 750 kawasan lain. Ini dilakukan untuk kemudahan rakyat di negeri tersebut dan kami adalah negeri pertama di Malaysia mempunyai kemudahan wifi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa Kerajaan Negeri pinggirkan tiga kawasan Parlimen BN dalam proses pemasangan wifi.

No comments: