Sunday, October 2, 2011

5000 hadiri Rumah Terbuka PAS Parit Buntar










PARIT BUNTAR :
Seperti tahun-tahun yang lalu, PAS Parit Buntar tidak lupa menganjurkan rumah terbuka sempena Aidil Fitri pada 24 September lalu. Majlis ini dianjurkan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Menurut Pengarah Program Ahmad Azhar Sharin , majlis ini memberi peluang kepada masyarakat di sekitar Parit Buntar untuk lebih terlibat memeriahkannya.

“ Tetamu majlis tersebut diraikan sendiri oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama pimpinan PAS Kawasan. Lebih 5000 orang tetamu telah hadir ke majlis ini termasuk beberapa pimpinan masyarakat Cina setempat.

“ Saya bersyukur kerana PAS Kawasan sekali lagi dapat menganjurkan majlis sambutan hari raya yang meriah pada tahun ini” katanya

Menurut Ahmad Azhar, Kehadiran ramai tetamu yang berbagai latar belakang di dalam Majlis Rumah Terbuka 'Idul Fitri PAS Parit Buntar melambangkan suasana Pakatan Rakyat di Parlimen Parit Buntar berada dalam situasi yang baik untuk mengekal dan meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum akan datang

“ Bermula jam 11.00 pagi , orang ramai bertali arus memeriahkan serta merapatkan ukhuwah sambil menikmati hidangan .

“ . Tetamu dari pelbagai lapisan rakyat ini begitu teruja dan ceria menikmati nasi minyak, lemang dan kueh raya” katanya

Beliau berkata, majlis di mulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat kemudian diikuti dengan ucapan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid yusuf Rawa .

“ Kemeriahan turut dirasai oleh kanak-kanak yang hadir apabila mendapat sumbangan duit raya daripada Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan pimpinan PAS Kawasan.

“ Kami juga meraikan kanak-kanak yang hadir dengan menyediakan acara kuiz dengan hadiah yang disediakan oleh penganjur.” katanya

Tetamu kehormat yang hadir ialah Pesuruhjaya Pas Parit Buntar Abu Bakar Husin yang turut memberi ucapan mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke majlis Rumah Terbuka 'Idul Fitri PAS Parit Buntar





Orang ramai sedang menikmati jamuan













Dr. Mujahid bersama pimpinan Pas Parit Buntar sedang menyambut tetamu



















































Pesuruhjaya, Ahli Parlimen Parit Buntar dan YDP Pas Parit Buntar sedang menikmati hidangan

No comments: