Sunday, October 2, 2011

SASARAN PAS!!! 2 kerusi Parlimen dan 5 DUN di Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 1 Okt — PAS menyasarkan untuk memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya Datuk Husam Musa
(gambar) pada pilihan raya umum lalu, parti itu hanya mampu mencatat kemenangan dalam satu kerusi DUN iaitu di Permatang Pasir.

“Kami akan berusaha untuk merampas balik lima kerusi DUN yang dipertandingkan dan dua kerusi parlimen iaitu Tasek Gelugor dan Kepala Batas,” katanya semasa berucap dalam Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini hari ini.


Dipetik Bernama Online, Husam berkata PAS yang menang kerusi Permatang Pasir pada pilhan raya umum lepas hanya kalah empat kerusi DUN yang lain dengan majoriti undi yang rendah.


Selain itu, beliau berkata dalam usaha untuk mengukuhkan pengaruh parti dalam Parlimen, PAS memerlukan lebih 60 kerusi parlimen di seluruh negara.

“Kita akan berusaha untuk mencapai sasaran kita, iaitu 60 kerusi Parlimen dan saya percaya sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai,” katanya.

Beliau berkata PAS kalah 15 kerusi Parlimen dengan majoriti kurang 5,000 undi pada pilihan raya umum lalu.

Bagi peringkat nasional, Husam berkata PAS juga berhasrat untuk memecah pengaruh Umno khususnya dalam undi-undi di kawasan peneroka Felda.

Katanya, PAS yang berpegang teguh kepada prinsip Islam, memerlukan 12 peratus undi di kawasan pengundi Felda.


“Pilihan ra umum yang lalu, PAS mendapat lebih 39 peratus pengundi Felda dan untuk memecah pengaruh Umno, kami memerlukan lagi 12 peratus,” katanya.TheMalaysiaInsider

No comments: