Sunday, October 2, 2011

Jenazah Polis Pengiring PM selamat dikebumikan di Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 1 Okt. : Jenazah Polis Pengiring Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Sarjan Ibrahim Husin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kota berhampiran Masjid Sungai Kota, Tanjung Piandang.

Adik beliau Yusuf Husin berkata Allahyarham yang berumur 51 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung .

“ Adik saya meninggal dunia semasa masih berkhidmat . Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak

“ Memandangkan beliau adalah anak tempatan Sungai Kota maka jenazahnya disemadikan di tanah perkuburan Sungai Kota” katanya

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa turut menziarahi jenazah Sarjan Ibrahim Husin di rumah keluarga beliau di Sungai Kota.


Dr. Mujahid mengucapkan takziah kepada keluarga Sarjan Ibrahim kerana kehilangan orang yang tersayang.


“ Saya mewakili PAS dan Pusat Khimat Parlimen Parit Buntar berterima kasih dan menghargai jasa Allahyarham yang lama berkhidmat sebagai anggota polis.


“Pemergian beliau adalah kehilangan besar dalam profesion polis dan negara” katanya


Antara tokoh pimpinan masyarakat yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad , dan pimpinan masyarakat setempat.

No comments: