Tuesday, January 1, 2013

LAPOR KE SPRM!!! Hampir PRU 13, Deepak buat Najib makin tertekan

Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishian dijangka akan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dalam minggu ini.

Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.

"Oleh itu dia telah meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.

Read more ...

SIAP DENGAN PARANG!!! Kecoh sambutan 2013 UMNO/BN di i-City tu rupanya.. 6 ditahan Polis..

Laporan dari Bernama ini menyatakan enam lelaki telah ditahan kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City semalam tetapi tidak menyatakan siapa penganjurnya.

Jadi korang faham-fahamlah.. sambutan diambang 2013 itu dianjurkan oleh UMNO/BN, manakala Pakatan Rakyat Selangor menganjurkannya di Dataran Shah Alam..

Read more ...

PRU 13!!! PAS mampu menang 19 kerusi, BN 13 kerusi

Penulis telah membuat analisa di semua negeri di semenanjung yang dimenangi BN dalam PRU 12 kecuali negeri Terengganu.

Analisa pilihanraya negeri Terengganu tidak sama dengan negeri-negeri lain yang mempunyai pengundi bercampur.  Peratus pengundi Melayu secara puratanya di negeri Terengganu adalah 85 %, malah banyak  kerusi yang mempunyai peratus pengundi Melayu melebihi 95 %.

Justeru, slogan ‘PAS ganti Umno’ sememangnya sesuai di negeri Terengganu yang menyaksikan pertembungan sengit antara PAS dan Umno yang mewakili BN.

Hanya dua kerusi dun yang mempunyai pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu dun Bandar yang mempunyai hampir 39 % pengundi bukan Melayu dan dun Cukai yang mempunyai hampir 15 % pengundi bukan Melayu.

Read more ...

Monday, December 31, 2012

PANAS!!! Bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan akan berceramah di pentas PAS

Dr.Zaiyadi Awang Noh adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan dan pernah bertanding di Parlimen Bachok atas tiket BN tapi kalah kepada PAS, kini dilantik oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Kelantan dalam satu majlis anjuran UTTV Cakna UT di Kelantan Trade Center KTC pada tahun 10 April 2012 lalu.

Seorang yang masih berpengaruh di Bachok yang mana ibu beliau adalah bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Bachok. Zaiyadi telah di 'tohok' atau dibuang dari berperanan oleh UMNO Negeri Kelantan dan UMNO Bachok kerana bimbang ketokohan beliau akan terserlah dari pemimpin UMNO Negeri Kelantan yang lain sekiranya Zaiyadi diberi tempat dan peranan yang berguna dalam UMNO.

Read more ...

PUNYA LA TERDESAK!!! Ust. Azhar Idrus pun didakwa menyokong UMNO


Punyalah terdesak UMNO nak yakinkan dirinya serta cuba memujuk dan menyejukan hati para pendokong, penyokongnya yang sedang pucat lesi, gelabah, panik dan menggigil kepala lutut dalam menghadapi PRU 13 bertemu dengan PAS/PKR/DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Sanggup menipu dan memfitnah dengan menyatakan kononnya Ustaz Azhar Idrus penyokong UMNO/BN.

Read more ...

TETAMU JEMPUTAN ANTARABANGSA!!! Ambang 2013 ( PR ) Vs Ambang 2013 ( BN )

 TETAMU JEMPUTAN A/BANGSA AMBANG 2013 ( PR )


Tetamu jemputan teristimewa Ketua Ulama' Syria, Syeikh Ali As-Shobuni dalam program Ambang 2013 anjuran Kerajaan PR Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

SIAPA PULA TETAMU JEMPUTAN A/BANGSA AMBANG 2013 ( BN ) ? TENGOK DI BAWAH....

Read more ...

AMBANG 2013!!! Gambar-gambar yang menyakitkan UMNO

Read more ...

TERKINI!!! 400 orang termasuk 200 ahli UMNO sertai PKR


KETUA Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat  beberapa sebab mengapa sejak kebelakangan ini ramai di kalangan  ahli-ahli parti komponen BN/UMNO meninggalkan parti masing-masing kemudian  mereka menyertai parti pakatan rakyat khususnya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kerana mereka sudah hilang keperpayaan langsung dan muak terhadap pucuk pimpinan BN/UMNO untuk terus menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khususnya di Sabah.
 
Ini jelas kata Anwar kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parti komponen BN khususnya PBS kawasan Sekong yang membabitkan 15 cawangan dan melibatkan seramai 400 orang termasuk 200 ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Tinosa kawasan Libaran menunjukkan mereka telah menolak perjuangan UMNO/BN yang tidak jelas banyak janji-janji dilafazkan oleh wakil-wakil rakyat tetapi tidak pernah ditetapi.
 

Read more ...

VIDEO TERKINI!!! Budak yang menyanyi lagu Inikalila! Tukar! dicari Samseng UMNO?

Read more ...

Sunday, December 30, 2012

DEBAT ISU ULIL AMRI!!! Jangan harap Fathul Bari nak berani





Adakah kali ini Fathul Bari berani menyahut cabaran yang di lontarkan oleh Sinar Harian. Debat sinar bertajuk Uli Amri bersama Dr. Asri.

Kali ini jugak Dr. Asri harap Fathul Bari jangan mencari sejuta alasan untuk melarikan diri.

Read more ...

BERITA BARU MASUK!!! 20 OOO pemuda UMNO berhimpun bantah penebangan balak , masuk TV3 ....

(Caption: Sepatutnya kawasan hutan untuk tadahan air... UMNO tadah air dengan kayu balak? Konpius sepanduk tu.)
Oleh: Mat Yeh Pekan Naka
Kira-kira 20 pemuda UMNO Padang Terap yang diketuai oleh Wan Ketom mengadakan bantahan aman di tapak pengumpulan balak milik kerabat DiRaja. 
Mereka yang ditemui kebanyakannya tidak tahu apa tujuan mereka membantah.
"Kami hanya disuruh pegang kain rentang yang disediakan oleh puak di atas sana, upah makan tengahari dan rokok sorang sebatang," ujar seorang pelajar sekolah yang enggan namanya disiarkan.

Read more ...

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Benarkah tanah 200 ekar untuk Kem Tentera 9 Briged digasak Ketua Wanita UMNO Selangor?

Kerajaan Selangor Siasat Tanah Milik Raja Ropiah

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dato’ Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini. 


Read more ...

GAMBAR HARI INI!!! Siapa yang harus bertaubat sebenarnya ni?.....


Wajah-Wajah PEJUANG ISLAM?... SIAPA YANG HARUS BERTAUBAT SEBENARNYA NIE?... Confuse .. Biarlah Gambar Berbicara... Malas Nak Berbicara... Kang Kalau Berbicara, BERAPI Pulak Kang... Korang Kalau Nak Berbicara, Berbicaralah... Nak Gelak Jer... ::.kikiki.::


Kami Boikot Buletin Utama TV3

Read more ...

SOI LEK MENGAKU!!! Pencacai UMNO suka spin, hanya tahu putar belit

Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.

“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.

Read more ...

Saturday, December 29, 2012

KELUAR UMNO LAGI!!! Datuk Seri Yahya Hussin ketuai 136 ahli UMNO sertai PKR

KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.

Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya.

Read more ...