Tuesday, March 30, 2010

Calon berpotensi menang pilihan PKR


SHAH ALAM , 29 Mac :
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal menamakan calon yang mempunyai harapan cerah untuk mengekalkan penguasaannya di kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil akan datang.

Naib Presidennya, R Sivarasa berkata, pemilihan calon akan dibuat berdasarkan kriteria yang ditentukan parti.

Menurutnya, antara faktor yang diambil kira bagi memilih calon PKR ialah latar belakang, pengalaman, kelayakan akademik dan purata jumlah pengundi.

“Tetapi faktor pemilihan calon tidak akan berkesan jika calon itu tidak mempunyai peluang memenangi kerusi tersebut. Peluang kejayaan menjadi faktor penentu muktamad untuk calon PKR.

“Protokol PKR melarang perbincangan di khalayak tentang calon yang bakal dipilih untuk meneruskan perjuangan PKR kerana ia melibatkan isu dalaman parti dan ia masih awal untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.SH

No comments: