Tuesday, March 30, 2010

Kelurga Altantuya perlu RM60,000


KUALA LUMPUR, 30 Mac : Keluarga warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dijumpai mati diletupkan pada Oktober 2006 hanya perlu meletakkan bon sekuriti RM60,000 bagi mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengurangkan jumlah bon itu setelah mendengar hujah permohonan daripada peguam Karpal Singh.

Hakim Zaleha Yusof bersetuju menetapkan bon sekuriti RM30,000 setiap satu kepada kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Sebelum ini, mereka menuntut RM1.25 juta sebagai bon sekuriti.

Dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan Altantuya April lalu - Azilah Hadri and Sirul Azhar - tidak meminta sebarang jaminan bon sekuriti.

Ayah

mangsa pembunuhan itu, Setev Shaariibuu juga perlu mencari RM10,000 bagi kos perundangannya, tetapi Karpal berkata satu tabung akan ditubuhkan.

Menurut beliau, semua ahli parlimen akan diminta menyumbang kepada tabung itu.

"Saya akan menimbulkan perkara itu dengan rakan-rakan di Parlimen dan kami akan cuba mendapatkan bantuan untuk meringankan beban Encik Shaariibuu," kata Karpal.

"Kami mungkin akan mengambil masa selama tiga bulan untuk mengutip jumlah berkenaan agar perbicaraan dapat diteruskan.”

Perbicaraan akan hanya bermula selepas mahkamah mendengar rayuan yang dikemukakan oleh Azilah dan Sirul berhubung hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas mereka.
malaysiakini

No comments: