Thursday, January 5, 2012

JAWAPAN KEPADA FITNAH BLOGGER UMNO!!! (Video) Ustaz Azhar Idrus cerita sejarah beliau belajar agama



Blogger UMNO setiap hari tabur fitnah nak jatuhkan populariti Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar telah menceritakan sejarah beliau belajar agama (Video di atas). Secara tidak langsung menjawab fitnah jahat Blogger UMNO.

Di bawah ini adalah fitnah yang terdapat dalam blog TaipingMali. Blog seorang Cikgu Sekolah Rendah yang menjadi pencacai fitnah UMNO. Umur dah lebih separuh abad tapi tak ingat dosa, hari-hari reka fitnah.Admin

NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.

Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.

Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya?Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha?Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy?Ceramahnya dimaku hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng..semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.

Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.

Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama? TAIPINGMALI

5 comments:

Anonymous said...

Minta tlg tuan empunya blog tukarkan font color biru kpd putih.

Tak blh baca langsung

Anonymous said...

Cikgu menda gitu. Malu pada murid2 skoloh rendah. Budak darjah satu lebih cerdik daripada cikgu tuu. Jangan pulak nanti murid2 panggil "cikgu bodo" doh laa... patut pun

Mr Paktam said...

blogger Taiping mali tu bukanya mengfitnah la bai,melalui apa yg aku baca di atas,blogger tu sekadar mempersoalkan dan menyatakan pendapat dia ja.. tak baik la ckp dia fitnah,takkan ko tak tahu apa itu fitnah kot..

Anonymous said...

Cikgu ni ade niat jahat dan penuh hasad, sayang pandai menulis tapi x digunakan untuk kebaikan... mampuslah kou.

Anonymous said...

Cikgu tak bertauliah.... Tahu la U_ _O byr kau rm2,500 sbulan utk kau buat fitnah psal ulama usaz azhar.