Thursday, January 5, 2012

PAS Parit Buntar teruskan sumbangan kerusi roda

PARIT BUNTAR, 5 Jan. : Warga emas, Cik Rahmah Ramli ,60, yang menghidap penyakit kencing manis menerima kerusi roda sumbangan daripada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar di rumah beliau di Batu 7, Bagan Tiang.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama-sama isteri
dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim telah membuat
kunjungan mesra ke rumah Cik Rahmah untuk menyerahkan bantuan kerusi roda tersebut.

Dr. Mujahid berkata, maklumat mengenai Cik Rahmah yang memerlukan
kerusi roda telah disampaikan ke Pejabat Parlimen Parit Buntar.

“ Selain penyakit kencing manis, Cik Rahmah juga mengidap penyakit
darah tinggi dan sakit jantung sehingga tidak mampu bekerja.

“ Sebagai tanda simpati, saya bersama isteri dan pimpinan PAS Parit
Buntar menziarahi beliau dan menyerah sendiri kerusi roda yang
diperlukan” katanya

Beliau berkata, Cik Rahmah memerlukan kerusi roda untuk memudahkan
pergerakan harian kerana sukar bergerak seperti biasa

“ Bantuan yang dihulurkan adalah antara keprihatinan PAS Parit Buntar
dan Pusat Khidmat Parlimen dalam membantu meringankan kesusahan Cik Rahmah.

“ Saya berharap bantuan kerusi roda ini memberi keselesaan kepada Cik
Rahmah untuk bergerak di dalam dan luar rumahnya.” katanya

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul
Bahrain Desa berkata, Lujnah Kebajikan bersedia membantu orang ramai yang benar-benar memerlukan bantuan kerusi roda tetapi tidak mampu membelinya kerana bebanan kewangan.

“ Sehingga akhir 2011, kami menyumbang sebanyak 12 buah kerusi roda
kepada pesakit yang memerlukan melalui permohonan dan makluman orang ramai.

“ Cik Rahmah adalah pesakit pertama yang menerima bantuan kerusi roda pada tahun 2012” katanya.



Dr. Mujahid dan YDP PAS Parit Buntar mengangkat kerusi roda ke rumah Cik Rahmah

2 comments:

Anonymous said...

Kerja baik sebegini diharap bukan setakat yg pertama dan yg terakhir..Elok jugak le tu YB Mujahid, kurang2nya nampak jugak le muka tuan kat dalam kawasan setelah lama menghilang..nih sebab angin PRU13 semakin kencang bertiup ke?..

Mujahid,
Dari pemerhatian saya sebagai pemerhati yg agak bebas, tuan akan gagal mengekalkan kerusi Parlimen P.Buntar kalau masih lagi teringin nak bertanding di sana..Saya yakin Makcik Mah Gabai (penerima kerusi roda) tu pun tak mengundi tuan dalam PRU12 dulu dan takkan undi tuan jugak dlm PRU13 nanti..Yg akan undi tuan, nuh warga cina kuala bg. tiang, warga cina tg.piandang..
Pada tanggapan ramai, undi tuan umpama undi Anwar Ibrahim jadi PM..isu moral bukan isu besar bagi cina DAP..tapi bagi org melayu yg beragama islam..moral yg baik tanda kualiti pemimpin yg bagus...
Saya akan undi BN dalam pilihanraya 13 bukan sebab bencikan PAS tapi sebab tak sanggup nak berPMkan Anwar...stop..

Dari Anak Menakan Hj. Harun Hashim

Anonymous said...

kenyataan bangang dari pencacai umporno