Monday, December 20, 2010

Benih padi tidak berkualiti : Noh Omar putar belit tanya lain jawab lain

Noh tidak jawab isu sebenar: Yaakob

http://www.agendadaily.com/tips/storage/images/com.tms.cms.image.Image_987686e8-7f000010-1ab7a890-c7c75ac1/1/NOH-1.jpgSHAH ALAM, 21 Dis. : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Manusia, Yaakob Sapari menyifatkan kenyataan Datuk Seri Noh Omar berhubung isu benih padi sebagai tidak fokus dan menjawab dakwaan petani.

Katanya, kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga tidak menjawab persoalan sebenar yang dibangkitkan Kerajaan Negeru yang membawa suara petani yang menanggung kerugian akibat kelemahan kementerian tersebut menguruskan hal berkaitan benih padi. menyifatkan kenyataan menteri itu tidak benar.

“Petani mengadu kepada Kerajaan Negeri bahawa banyak benih padi angin menyebabkan petani menanggung kerugian dan dakwaannya tidak benar mengenai kualiti padi, iaitu 80 peratus sahaja petani mendapat hasil lapan tan sehektar dengan poto- ngan di bawah 20 peratus sahaja.

“Kenyataan itu tidak betul, kerana pada musim lalu benih padi yang dikeluarkan oleh syarikat yang dilantik oleh kementerian tidak berkualiti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yaakob berkata, petani mengadu bahawa benih padi tidak berkualiti menyebabkan petani mengalami kerugian.

“Saya ingin tahu mengapa kementerian melantik syarikat membekalkan benih padi sedangkan Jabatan Pertanian sendiri memproses benih padi.

“Benih padi tidak diselenggarakan dengan baik menyebabkan petani rugi, “ katanya.

Beliau berkata, situasi tersebut mula berubah apabila kebanyakan petani mengambil benih padi dari luar untuk tanaman musim ini apabila benih yang diperolh itu lebih berkualiti seterusnya berjaya meningkat hasil pengeluaran.

Noh kelmarin mencabar Kerajaan Negeri Selangor membeli benih padi kerana beliau didakwa menipu petani di negeri ini.

Dakwanya, Kerajaan Negeri sengaja mempolitikkan beberapa isu termasuk isu benih padi yang dibekalkan kepada petani tidak berkualiti menyebabkan petani menanggung kerugian.

Noh berkata, dakwaan tersebut adalah tidak tepat dan bertujuan mengelirukan rakyat.SH

No comments: