Monday, December 20, 2010

Utusan setiap hari menipu rakyat

Fitnah Jahat: Guan Eng Saman Utusan












GEORGE TOWN, 20 Dis. : Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia akan disaman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan mendakwa akhbar itu banyak memfitnah Lim, seperti dalam isu perarakan Maulud Nabi, perobohan kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar.

"Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak menjawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk memfailkan saman malu di mahkamah demi kebenaran dan keadilan," kata Cheong.

Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co.

Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin Barisan Nasional akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan Raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.

"Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.

"Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya.

No comments: