Monday, December 20, 2010

Suka bohong la pemimpin Umno ni

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrEMqni0diUFWvoZoNbrQ9q3n55GuSAuLMe4dJBaf35bXI8W8XTaOSbh1qm5pTAZ9Bnk-470wbfAPP02X31B6et2yvHIvzanajVundXd7ddUqmyZMU5Qshz8dDPcdb8IcGDpiu395VRMQ/s400/240620093637-small.jpgKenyataan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Datuk Seri Razali Ibrahim yang mengatakan bahawa Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi cukup tempoh untuk membela diri di parlimen, disifatkan sebagai satu pembohongan dan cuba mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, Razali yang mempunyai latar belakang undang-undang sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Kenyataan Razali Ibrahim sebagai salah seorang anggota jawatankuasa merupakan satu kenyataan yang memalukan daripada seorang yang mempunyai latar belakang undang-undang. Ia juga merupakan satu pembohongan kerana Anwar sebenarnya tidak diberi peluang membela diri,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau mengulas dakwaan Razali Ibrahim dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama mengatakan Anwar, yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang yang cukup untuk membela diri.

Razali dalam kenyataannya juga mengatakan Anwar diberi cukup masa untuk mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.

Mengulas lanjut, Yusmadi berkata kenyataan Razali merujuk kepada permohonan Anwar pada 8 Jun lalu pada jawatankuasa tersebut, yang memohon untuk membawa peguam ketika jawatankuasa itu mendengar keterangan beliau.

Walaubagaimanapun, permohonan Anwar ditolak pada hari berkenaan dan ditolak sekali lagi pada hari berikutnya iaitu pada 9 Jun oleh jawatankuasa berkenaan.

“Isu yang dibincangkan selama dua hari itu ialah hak Anwar untuk memohon dibela seorang peguam ketika permohonan itu ditolak jawatankuasa hak dan kebebasan, manakala tarikh selanjutnya untuk Anwar membela diri tidak ditetapkan.

“Kenyataan ini ternyata mengelirukan rakyat dan beliau (Razali) tidak layak menjadi anggota jawatankuasa terbabit. Kenyataan itu hanya membuka pekung dari awal bahawa beliau sebagai anggota jawatankuasa berkenaan bias dan prejudis terhadap Permatang Pauh (Anwar). Sepatutnya beliau terus dilucutkan kelayakan kerana sikap prejudis,”katanya.

Menurutnya lagi, beliau juga menyangkal bahawa Anwar sengaja melengah-lengahkan perbicaraan terhadapnya kerana permohonan Anwar untuk mendapatkan peguam dibuat mengikut peraturan mesyuarat dan bukan atas budi bicara jawatankuasa terbabit.

“Tetapi ini tidak bermaksud ruang beliau untuk menjawab telah habis dan tidak boleh digunapakai. Ini menunjukkan kegagalan jawatankuasa berkenaan untuk mengendalikan isu tersebut,” katanya.

No comments: