Friday, December 3, 2010

Ketua Pemuda Umno bahagian didesak letak jawatan


KULIM, 4 Dis. : Seramai 13 Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu termasuk naib ketuanya mendesak Ketua

Pemuda UMNO bahagian itu, Mohd Mustafa Kamal Shaik Ismail segera meletak jawatan.

Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Norazam Abdul Ghazali berkata, seramai 10 Ahli Jawatankuasa yang dipilih termasuk dirinya serta tiga Ahli Jawatankuasa yang dilantik termasuk Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bahagian terlibat dalam protes itu.

Menurutnya, mereka bertindak demikian atas sebab hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mohd Mustafa Kamal berkaitan beberapa isu yang sudah tidak dapat dibincangkan lagi jalan penyelesaiannya.

“Kami sudah mengadu hal ini kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim. Kamu mahu beliau (Mohd Mustafa Kamal) letak jawatan kerana jika dibiarkan lebih lama, ia boleh merosakkan nama baik parti,” katanya.

Difahamkan, antara punca yang membawa kepada tindakan itu termasuk janji kepada Pemuda UMNO cawangan yang didakwa tidak ditunaikan.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: