Friday, December 3, 2010

Turun 5 Disember : Syabas kikis wang rakyat Selangor


















KUALA LUMPUR, 3 Dis. : Pada 1997, Kerajaan Negeri Selangor Barisan Nasional pada ketika itu dan kerajaan persekutuan memulakan pelaksanaan pengswastaan industri air Selangor.

Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Taib memilih bendahari Umno bahagiannya, Tan Sri Rozali Ismail sebagai Ketua pegawai Eksukitif kepada SYABAS, syarikat yang dibentuk dalam pelaksanaan pengswastaan terbabit.

Menjelang 2010, jumlah kerugian yang dijana melalui ketirisan dan rasuah oleh syarikat-syarikat swasta terbabit telah meningkat kepada ratusan juta ringgit.

Antara amalan penyelewengan kewangan yang dipersoalkan adalah laporan audit yang menunjukkan 72 peratus kontrak berjumlah RM600 juta diberi melalui rundingan terus dan bukan secara tawaran tender terbuka.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang ketika ditemui TVselangor berkata, Syabas juga telah melanggar perjanjian pengswastaan dengan kerajaan negeri apabila tidak membeli saluran paip dari syarikat tempatan seperti yang dekehendaki dalam perjanjian berkenaan.

Menurutnya SYABAS, sebaliknya telah mengimport saluran paip dari sebuah syarikat di Indonesia milik Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, Tan Sri Rozali Ismail.

"SYABAS mesti membeli paip Malaysia, itu jelas, itu undang-undang Malaysia dan termaktub dalam undang-undang konsesi, tapi apa yang dibuat oleh syabas ialah mereka membawa paip itu dari indonesia. pembuat paip malaysia marah, mereka telah buat paip untuk syabas," tambah beliau lagi.

Menurutnya, laporan audit juga mendapati penyata kewangan awam SYABAS menunjukkan lebih RM325 juta dan rekod kontrak yang ditawarkan 'hilang' tanpa sebarang rekod antara 2005 - 2007.

"Yang aneh, kita juga dapati bahawa ada pengeluaran wang daripada syabas ke puncak niaga dan dalam laporan menunjukkan RM700,000 telah dipindahkan daripada akaun syabas kepada puncak niaga setiap bulan...RM700,000 satu bulan. satu tahun berapa juta?

Persoalannya ialah mengapa SYABAS membayar RM700,000 kepada Puncak Niaga? Dia kata untuk pentadbiran. tapi pentadbiran apa? SYABAS merupakan firma yang diberi tanggungjawab untuk urus air, mengapa bayar kepada puncak niaga?" persoalnya lagi.

Charles juga mempersoalkan tentang gaji Tan Sri Rozali Ismail berjumlah RM 5.1juta setahun yakni RM 425,000 sebulan ketika syarikat tersebut dilaporkan sedang beroperasi dengan menanggung beban hutang ratusan juta ringgit dan kerugian.

Di samping itu, katanya lagi, SYABAS dan tiga lagi syarikat pemegang konsesi air menanggung jumlah keseluruhan hutang RM 6.4 bilion manakala Kerajaan Persekutuan pula menggunakan wang rakyat dengan memberikan pinjaman mudah bernilai RM320 juta kepada SYABAS dengan jumlah faedah terkumpul bagi tempoh 20 tahun adalah RM250 juta.

SYABAS juga katanya, tidak perlu membayar balik hutang pinjaman yang diberikan kerajaan, sebaliknya hutang tersebut ditanggung oleh rakyat pembayar cukai di negara ini.

"Kerajaan kata tidak ada wang untuk subsidi makanan, makanan, sekolah, minyak, kesihatan unutk rakyat. tapi mereka ada subsidi untuk orang kaya dan kroni," tambah beliau lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: