Friday, December 3, 2010

Memorandum 30 kes GAPS tuduhan kosong tiada bukti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoG7OKRQ_4dXOeDlixoUnqnIpONG6mAHuf1ACH7Tspbr_B9qVtW9ioD76OBBgVxVc05Drnvj33orgrvzqOtTXXCdjmewIPBF3T5SfENcW50kSPa1LebQORJyoTt-cBPTcH87LZp04Wmuc/s1600/gaps-sidang-media.jpg

SHAH ALAM, 4 Dis. : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuktikan 30 kes penyelewengan Kerajaan Selangor jika benar seperti didakwa mereka.

Katanya, bukti dan fakta perlu disertakan GAPS bagi mengukuhkan dakwaan penyelewengan tersebut kerana tidak mahu isu 46 lembu korban bagi Parlimen Bandar Tun Razak yang ditutup oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ‘tujuan rasmi dilaksanakan dan ia dihadiri orang ramai’ berulang kembali.


“Itu tidak apa, mereka (GPAS) boleh buat apa-apa yang mereka hendak buat. Kalau ada kebenaran, mereka boleh kemukakan. Kalau tidak ada kebenaran ada kalanya orang memfitnah boleh disaman kerana usaha kita untuk menolong rakyat.


“Apa penyelewengan itu? Kita boleh terima dan tengok apa penyelewengannya, kalau ada beritahu. Seperti isu lembu, isu kereta yang lama-kelamaan tiada apa (tidak disabit kesalahan),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan GAPS yang akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung 30 kes penyelewengan tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dan Yang di-Pertuan Agong, Ahad ini.


Pada Ahad ini juga, Kerajaan Negeri dijangka menyerahkan memorandum berhubung isu pengambilalihan pengurusan air daripada Sya- rikat Bekalan Air Selangor (Syabas).


Abdul Khalid sebelum ini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menyalahgunakan dana Kerajaan Negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.


Bagaimanapun, lapan kes rasuah berprofil tinggi termasuk kes tersebut yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibawa ke mahkamah.


Mengulas mengenai memorandum pengambilalihan pengurusan air, Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor lebih tahu tentang usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri malah akan disertai mereka yang berminat mengembalikan hak air kepada rakyat.


“Mereka (GAPS) boleh sertai (mengadakan perhimpunan dan hantar memorandum), ini Parti Keadilan Rak- yat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR). Ini parti reformasi yang menggalakkan kebebasan bersuara, itu sebabnya boleh jadi orang lain takut.


“Kebebasan bersuara dibenarkan tetapi mesti ada etikanya, kita tidak boleh mencerca atau memfitnah orang lain, itu sahaja. Negara ini membenarkan kebebasan tetapi hormat-menghormati seperti menghormati Tuanku Sultan adalah juga satu perkara yang dikehendaki, “ katanya.


Mengenai program Tabung Budi, Kerajaan Negeri belum menerima maklum balas daripada Syabas berhubung perkara tersebut.


Beliau berkata, jika Syabas masih meneruskan program Tabung Budi bermakna Syabas tidak mahu meneruskan perjanjian tersebut maka Negeri Selangor berhak untuk memutuskan perjanjian itu.


“Tak apa, kalau dia buat tetapi kita ada kuasa. Maknanya Syabas melanggar undang-undang dan perjanjian yang dilakukan. Kalau di mahkamah, kita buktikan bahawa Syabas bukanlah bertujuan untuk penswastaan air tetapi untuk tujuan lain.


“Itu salah dari segi tata cara yang dipanggil ‘the memorandum and article of the company’. Syabas telah menjalankan perkara yang tidak sama dalam undang-undang, contohnya seorang individu menandatangani dengan rakannya untuk perniagaan nasi lemak tetapi dia jual burger, tidak bolehlah,” katanya. SH


MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: