Friday, December 3, 2010

Turun 5 Disember : Mahasiswa UNISEL akan iringi MB Selangor







SHAH ALAM, 3 Dis. : Universiti Industri Selangor atau UNISEL membenarkan mahasiswanya untuk menyertai perhimpunan 'baju merah' bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Naib Canselor Unisel Profesor Datuk Dr Rosti Saruwono berkata, pihak universiti menerima tindakan itu selagi mereka tidak melanggar peraturan universiti dan undang-undang negara.

Rosti saruwono menegaskan penyertaan mahasiswanya dalam perhimpunan itu secara tidak langsung menunjukkan golongan "pemimpin masa depan" kini lebih bertanggungjawab walaupun masih di peringkat pembelajaran.

"Pelajar saya adalah pelajar yang sudah dewasa dan kita menggalakan mereka supaya berfikiran sebagai orang dewasa." katanya lagi.

Rosti saruwono berkata beliau berbangga dengan mahasiswanya yang berfikiran matang terhadap isu- isu semasa dalam negara ini.

"Kita harapkan mereka boleh berfikir bukan sahaja dalam bidang akademik malah mengambil berat tentang isu masyarakat dan sejagat" tambah beliau lagi.

Beliau juga optimis mahasiswa Unisel bijak mengasingkan pendidikan dengan perngliabtan mereka terhadap isu- isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat sejagat.

Rosti berkata beliau lebih gemar menganggap penuntut unisel menyertai perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum bukannya menyertai sebarang demonstrasi yang tidak sihat.

Terus memuji mahasiswanya, Dr Rosti berkata di Unisel golongan itu memang aktif dan peka dengan pelbagai isu, termasuklah isu Palestin dan nasib haiwan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: