Monday, January 17, 2011

Demi undi : Umno hidang arak dan penari seksi , Islam tolak tepi ?

Bir Dan Penari Seksi Meriahkan Jamuan 1Malaysia


LABIS 18 Jan.: Sambutan 1Malaysia di Tenang dihidangkan dengan tarian seksi dan minuman bir percuma.

Majlis anjuran Umno itu dihadiri orang bukan beragama Islam, portal Malaysiakini melaporkan, kira-kira 1,000 orang hadir, rata-rata masyarakat Cina.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama, jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Dalam ucapannya, Isa mempertikaikan kewibawaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memperlekehkan janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ironinya, walaupun Isa memperlekehkan janji 100 Hari Pakatan Rakyat namun ketuanya sendiri tidak sanggup untuk berdebat dengan Anwar dengan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.

Beliau juga, turut menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Isa sebelum ini digantung sebagai ahli Umno kerana terbabit dalam rasuah politik dalam pemilihan parti itu.

Baru-baru ini selepas dilantik menjadi Pengerusi FELDA, beliau dalam ucapan sulung kepada kakitangan organisasi itu memberi amaran akan mengambil tindakan tegas jika didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Sebelum ini di Galas, Gua Musang Umno menggunakan taktik yang sama dengan menghidangkan minuman keras kepada masyarakat Orang Aslal di kawasan pedalaman Kelantan itu.

No comments: