Monday, January 17, 2011

PRK Tenang, medan Umno tabur fitnah

BN Sudah Mula Kempen Tabur Fitnah - Lim Kit Siang


LABIS 17 Jan.: Lim Kit Siang memberi amaran walaupun tempoh berkempen di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang belum lagi bermula tetapi Umno Barisan Nasional(BN) telahpun memulakan kempen menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat(PR) bertujuan memecah belahkannya.

"Yang kata pertama, DAP anti Melayu, anti Islam, anti Raja-Raja, kedua Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjual hak-hak orang Melayu dan ketiga PAS mengkhianati warga Islam. Kalau semua itu benar, apa yang tinggal?" soal beliau yang juga Penasihat DAP Kebangsaan.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa semua tuduhan tidak berasas itu bohong dan fitnah semata-mata serta isu ini juga dijadikan salah satu daripada taktik pilihanraya Umno-BN.

Selain itu, tambahnya, PRK Tenang akan menjadi kayu pengukur untuk pilihanraya umum yang akan datang bagi kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan juga Umno-BN.

"Pilihanraya kecil Tenang sangat penting kerana ia akan menjadi satu ujian untuk pilihanraya besar akan datang. Bukan sahaja untuk Johor tetapi juga untuk Putrajaya," jelas beliau ketika ceramah mengumumkan calon bagi PRK Tenang di sini semalam.

Beliau berkata, hanya dengan menidakkan majoriti besar kepada BN dalam PRK-14 ini cukup untuk mencermminkan kemenangan besar dalam PRU-13 nanti.

"Mahu menang di Tenang bukan senang, kita semua harap kita boleh menang. Kita akan kerja sedaya upaya supaya kita boleh menang tetapi saya rasa kalaulah kita tidak boleh menang, boleh mengurangkan majoriti Umno dan BN, kita sudah menang," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan pengurangan drastik majoriti BN cukup untuk memberikan mesej jelas bahawa tsunami politik yang bermula pada PRU-12 akan sampai ke Johor yang selama ini didakwa sebagai 'kubu kuat' Umno.

No comments: