Monday, January 17, 2011

Hatta buka pejabat depan Ibu Pejabat Utusan

Presiden NUJ Buka Pejabat Kecil Depan Utusan



KUALA LUMPUR 18 Jan.: Setelah digantung walaupun belum dibuktikan bersalah Hata Wahari hari ini membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras.

Jelas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan(NUJ) itu tindakan ini sebagai tanda bantahan terhadap majikannya, lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil.

Di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis "Wartawan Sedang Bertugas".

Dan kakitangannya cuma beliau seorang.

Bagi Hata, tindakannya itu sebagai membantah tindakan Utusan menggantung kerjanya, sedangkan beliau belum dibuktikan bersalah.

"Saya baru dituduh, belum lagi dibuktikan. Ini tidak adillah," kata wartawan kanan yang telah berkidmat 15 tahun di akhbar milik Umno itu.

Semalam siasatan dalaman yang dijaualkan terhadap Hata oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal.

Pada prosiding di Pusat Latihan Utusan itu, beliau diiringi Setiausaha NUJ V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu.

Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

"Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu.

Hata dipanggil mengadap siasatan dalaman Utusan kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

No comments: