Monday, January 17, 2011

Kerajaan PR tidak abai nasib pekerja

Kajian Tentukan Kuasa PBT Laksana Undang2 Syariah Di Selangor


SHAH ALAM 17 Jan.: Kerajaan Selangor akan membuat kajian terperinci untuk menentukan sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh melaksanakan undang-undang jenayah syariah dalam by-laws atau syarat lesen.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kajian akan melihat kesan kepada umat Islam yang mungkin akan hilang punca pendapatan jika undang-undang jenayah syariah dilaksanakan.

"Angka yang melibatkan pekerja Islam dalam penjualan minuman keras tidak besar, jadi perkara ini boleh dikawal dengan baik. Di Subang Jaya, terdapat 170 premis menjual minuman keras dan hanya 13 premis yang menggajikan pekerja Islam," katanya.

Sementara menunggu kajian terperinci disiapkan, Kerajaan Negeri akan meneruskan rancangan untuk mewujudkan tabung bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membantu orang Islam yang mahu meninggalkan pekerjaan itu.

Selepas ini, semua undang-undang atau syarat tambahan yang melibatkan Undang-undang Jenayah Syariah perlu dirujuk kepada Kerajaan Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) bagi tujuan penyeragaman.

No comments: